ADVERTISEMENTspot_img

Keningau bakal mempunyai Pusat Informasi Pelancongan

KENINGAU:Daerah Keningau bakal mempunyai bangunan Pusat Informasi Pelancongan dalam masa terdekat.

Pengerusi Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Daerah Keningau Rafie Robert berkata, bangunan pusat itu kini dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada hujung bulan ini.

Rafie yang juga Timbalan Pengerusi Ahli Majlis Daerah Keningau memberitahu bangunan pusat tersebut setakat ini siap 90 peratus.

“Inilah komitmen kita agar Industri Pelancongan di Daerah ini akan terus berkembang dan menjadi destinasi pelancongan domestik dan antarabangsa” katanya selepas meninjau perkembangan pembinaan bangunan  itu baru-baru ini.

Pada masa sama Robert mengucapkan terima kasih kepada Majlis Daerah Keningau kerana menyediakan tapak bangunan.

Beliau juga menyampaikan jutaan terima kasih kepada Pembantu Menteri Kerja Raya yang juga ADUN Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin diatas usaha untuk mendapatkan peruntukan bagi membina Pusat Informasi tersebut. 

“Kami akan terus bekerja untuk meningkatkan Industri Pelancongan Daerah Keningau” ujar Rafie.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN