Beginilah keadaan kenderaan mangsa yang terbabas, sementara itu kelihatan mangsa tertindih di bahagian belakang kenderaan yang dipandunya.
KENINGAUļ¼Seorang remaja lelaki tempatan maut dalam kemalangan jalan raya apabila kenderaannya terbabas sendiri di Jalan Nabawan – Sepulut berhampiran Ladang Sawit Felcra Batu 48, Nabawan pada kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Polis (DSP) Nor Rafidah Kasim, siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan Proton Wira yang dipandu oleh mangsa yang berumur 25 tahun bergerak dari arah Nabawan menuju ke Kampung Pandiwan Nabawan.
Beginilah keadaan mangsa selepas dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat.
Katanya, apabila sampai di tempat kejadian mangsa gagal mengawal kenderaan yang dipandu lalu terbabas ke bahagian kanan jalan dan memasuki kawasan belukar.
Ketika kejadian mangsa memandu secara bersendirian dan akibat daripada kemalangan tersebut mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia ditempat kejadian disebabkan tertindih di bawah kenderaan sendiri.
Siasatan awal dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan.