Ellron bersama sebahagian Atlit Sukan SK Kampung Biah yang menerima Penghargaan
Oleh: Francis Andin
KENINGAU: Kemudahan Rumah Guru yang dibina sejak era tahun 80an yang masih ada disekolah-sekolah khususnya d Luar bandar wajar dinaik taraf, bagi keselesaan warga pendidik yang memerlukan rumah, terutama yang bertugas dari luar daerah.
Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Ellron Angin berkata sydah tiba masanya bangunan rumah guru yang sebahagian besar dibina daripada binaan kayu, dinaik taraf kepada kemudahan rumah konkrit yang lebih kukuh dan selesa.
Sehubungan itu, Ellronn yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.45 Sook, berharap kerajaan pusat memberikan peruntukkan sewajarnya dalam Pembentangan Bajet 2023 yang bakal dibentangkan kerajan kelak.

Ellron menyampaikan Sumbangan Jersi kepada Rahimin Rajadi Guru Besar SK Menawo Ulu Keningau
‘ Saya difahamkan masih banyak sekolah yang masih ada rumah guru yang dibina sudah begitu lama dan tidak lagi sesuai didiami, termasuk lah dikawasan luar bandar Keningau dan ini saya percaya jika lebih banyak kemudahan yang baharu, sudah tentu tidak ada masalah tempat tinggal warga sekolah terutama diceruk pedalaman ini”katanya selepas merasmikan majlis Ilau Pempahakaan Program Jaringan dan Jalinan antara Persatuan Ibubapa Dan Komuniti (PIBK) Sekolah Kebangsaan Kampung Biah dengan Komuniti Kepala Sekolah daerah LumbisRaya Kalimantan Utara.
Katanya usaha agar kerajaan memberi perhatian serius terhadap kemudahan itu kelak membantu warga pendidik untuk bertugas jauh dipedalaman dan tidak perlu berulang alik selain menggalakkan lebih ramai guru mendapat kemudahan sewajarnya.
Dalam pada itu,terdahulu berucap dimajlis itu Ellron yang juga Timbalan Presiden Parti Soliraditi Tanah Air (STAR) berkata program jalinan dan jaringan antara komuniti sekolah dengan komuniti negara jiran dapat meningkatkan hubungann baik antara komuniti yang lebih dekat dengan pendidikan, selain dapat bertukar-tukar pandangan dan idea amalan terbaik sekolah demi memajukan bidang pendidikan di negeri ini dan juga negara.
Pda majlis itu, Ellron menyampaikan penghargaan kepada beberpa murid SK Biah yang terpilih dalam sukan diperingkat Negeri Dan Kebangsaan. Turut disampaikan sumbangan Jersi kepada 43 buah sekolah dalam DUN Sook dan Dun Tulid.
Majlis dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara antaranya Lawatan Muhibbah bersama Komuniti beberapa sekolah di daerah ini, Perlawanan persahabatan Bola sepak,Persembahan Kebudayaan Ibubapa, Lawatan Taman Komuniti dan perkongsian amalan baik Komuniti Kampung Membulu, Banjar dan Kampung Biah.
Hadir sama Pengerusi Majlis Guru Besar Keningau Sakim Ibarhim, Guru Besar SK Kampung Biah Anthony Amin dan masyarakat setempat sekitar daerah ini.