24 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Januari 24, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Kemudahan awam di Taman Awam Bandukan perlu dinaiktaraf: Robert

Robert semasa berbincang dengan wakil agensi dan jabatan yang turut serta dalam lawatan itu.

KENINGAU: Kemudahan awam di Taman Awam Bandukan perlu dinaiktaraf bagi keselesaan pengunjung.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, antara yang perlu diambil perhatian adalah penambahan lampu jalan dan isu tempat letak kenderaan.

Selain itu katanya, kebersihan persekitaran juga perlu diberi keutamaan ada ia lebih indah dan menarik.

Robert Pembantu Menteri Kerja Raya berkata demikian selepas melawat Taman Awam Bandukan pada Jumaat.

Lawatan itu disertai oleh agensi dan jabatan yang berkaitan seperti Majlis Daerah Keningau, Jabatan Air, Jabatan Kerja Raya Daerah Keningau, Pejabat Daerah, SESB dan staf dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat ( UPPM) N.40 Bingkor.

Robert yakin hasil perbincangan yang diadakan bersama agensi dan jabatan yang berkaitan dapat memajukan Taman Awam Badukan sebagai salah satu lokasi pelancongan yang menarik di daerah ini.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN