31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kempen ‘Jom  Makan Ikan Air Tawar’ bantu jana pendapatan penternak  dan pengusaha Ikan Air Tawar –Bashir

BASHIR ketika berucap merasmikan Kempen Jom Makan Ikan Air Tawar di Pasar Tani, Labuan Walk, pada Sabtu.

LABUAN: Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Bashir Alias berkata, kempen ‘Jom Makan Ikan Air Tawar’  dapat membantu menjana pendapatan penternak dan pengusaha ikan air tawar yang sedang meningkat naik di pulau ini.

Selain itu katanya, kempen ini juga sebagai satu wadah untuk warga Labuan  bergerak kearah menerima ikan air tawar sebagai sebahagian daripada habit pemakanan yang sihat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kempen ‘Jom Makan Ikan Tawar’ yang dianjurkan oleh Jabatan  Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan, di Tapak Pasar Tani, Labuan Walk, pada Sabtu.

“Saya dimaklumkan program ini adalah kesinambungan daripada program yang telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan  baru-baru ini yang antara lain matlamat serta mesejnya untuk meningkatkan aktiviti makan ikan air tawar.

“Maka melalui kempen ini  permintaan ikan air tawar akan meningkat dan ianya  akan menjana  permintaan kepada pengusaha dan penternak ikan air tawar di negara ini untuk meningkatkan pengeluaran” katanya.

Justeru itu, beliau yang juga Ahli Dewan Negara berharap semua sektor seperti rantaian penyajian dan penjualan restoran, gerai dan pelbagai medium dapat membantu pihak kerajaan mempromosikan pemakanan bermenukan ikan air tawar.

“Kita tidak dapat nafikan bahawa ianya adalah satu cabaran yang besar kerana Labuan merupakan sebuah pulau yang dikelilingi oleh laut dan secara tradisinya ikan air masin masih menjadi menu utama, tapi tiada yang mustahil jika kita berusaha kearah menjadikan ikan air tawar sebahagian daripada menu utama kita di Labuan” katanya.

TINJAU….Bashir  (dua dari kanan) bersama Faizal (kanan sekali) ketika meninjau pertandingan memasak ikan air tawar sempena Jom Makan Ikan Air Tawa

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan, Faizal Ibrahim Suhaili  berkata, pihakya akan  meningkatkan usaha bagi menarik minat lebih ramai lagi penternak atau pengusaha yang baru bagi menceburi bidang ternakan ikan air tawar.

Setakat ini katanya, terdapat beberapa pengusaha ternakan air tawar  yang melibatkan sepsis  ikan tilapia, keli baung, lampan sungai, temoleh, udang kara air tawar telah berjaya manarik minat penduduk Labuan  bukan saja untuk menternak tetapi juga merasai keenakan ikan air tawar.

Sehingga kini katanya, terdapat lebih 20 pengusaha ternakan alkuakultur  ikan air tawar yang telahpun berjaya  melakukan jualan  yang menggalakkan.

Jelasnya di bawah Projek Pembangunan Perikanan, kerajaan melaui  Kementerian Pertanian dan Asas Tani telah membekalkan input-input pertanian dan perikanan kepada pengusaha yang berminat.

Turut diadakan sempena kempen tersebut ialah pertandingan memasak berasaskan Ikan Air Tawar yang disertai lebih 20 peserta.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN