ADVERTISEMENTspot_img

KEMESRAAN AIDILFITRI: MERAIKAN KEBERSAMAAN KRT TAMAN SEMPORNA CENTRE

Mej Jen Datuk Mohd Nizam (Baju Merah) bersama Jawatankuasa KRT Taman Semporna.

SEMPORNA : Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Semporna Centre menjadi tarikan meriah di kawasan ini. Sambutan Hari Raya Aidilfitri dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa KRT menarik perhatian ramai penduduk setempat serta tetamu kehormat, Ybhg Mej Jen Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan Malaysia. Bertempat di Dewan Terbuka Taman Semporna Centre. Pada 21 April 2024.

Acara tersebut disusun dengan penuh meriah, dengan pelbagai aktiviti nyanyian lagu kebudayaan masyarakat bajau. Kehadiran Ybhg Mej Jen Datuk Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar memberikan semangat tersendiri kepada semua yang hadir, menjadikan sambutan ini lebih bermakna.

Dalam ucapan En Ariffin Uzam, pengerusi KRT, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang turut serta dalam menjayakan rumah terbuka ini serta kepada tetamu kehormat atas kunjungan mereka. Beliau juga menekankan pentingnya kebersamaan dalam memperkukuhkan perpaduan di antara penduduk tempatan.

Sambutan ini tidak hanya melambangkan semangat kebersamaan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi juga mengukuhkan hubungan antara komuniti setempat dan pihak berkuasa. Semoga semangat kekeluargaan ini terus berkekalan dalam masyarakat kita.

Turut Hadir bersama menyerikan majlis Mej Biyazid Reduan, Penasihat PVKMS, Hj Johan Hj Aukasa, Pengetua SMK Bugaya, En Baknan Ali Lampong, Guru Besar SK Tampi-Tampi dan Hj Adam Hj Aukasa, Guru Besar SK Lihak-Lihak serta Pihak Berkuasa Tempatan Daerah Semporna.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN