27 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 21, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kementerian Perpaduan Negara  berperanan jayakan aspirasi Malaysia Madani

BANTUAN… Ago (tengah)  menyerahkan secara simbolik bantuan pek RT Cares Bakul Rahmah kepada salah seorang penerima bantuan tersebut di Kampung Patau- Patau Dua, baru baru ini.

LABUAN: Kementerian Perpaduan Negara  memainkan peranan penting dalam menjayakan aspirasi masyarakat Malaysia Madani.

Menterinya, Datuk Ago Dagang berkata, kementeriannya sedang merangka beberapa inisiatif  sebagai usaha  mempromosikan konsep masyarakat   madani melalui prespektif perpaduan dalam kepelbagaian yang terangkum  di bawah inisiatif dasar perpaduan negara.

Beliau berkata,  pemerkasaan  terhadap penghayatan  Rukun Negara dan perlembagaan persekutuan adalah perkara asas yang ditekankan dalam  membangunkan Pelan Tindakan Masyarakat Madani.

“Dalam hal ini pemerkasaan terhadap penghayatan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan adalah perkara asas yang ditekankan dalam membangunkan Pelan Tindakan Masyarakat Madani  sepertimana yang ditekankan oleh Perdana Menteri agar kesejahteraan dan keharmonian  rakyat  lebih ideal dan  terjamin” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita  pada program Sembang Perpaduan  bersama agensinya di Perbadanan Labuan, baru baru ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Datuk Dr  Othman Che Jusoh dan  Pengarah Jabatan Perpaduan Negara, Wilayah Persekutuan Labuan, Ester Dingkawan.

Selain itu katanya, Sambutan Minggu Perpaduan adalah antara program berimpak tinggi yang akan dilaksanakan oleh Kementerian bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan seiring dengan pembangunan Malaysia  Madani.

Beliau yang dalam rangka lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan Labuan turut mengadakan lawatan ke  Perpustakaan Desa Kampung Sungai Labu, Tabika Perpaduan Sungai Miri,   Tabika Perpaduan Taman Perumahan Layang-Layangan dan Chimney Labuan.

Pada majlis lain, beliau yang diiringi Pengarah Jabatan Perpaduan Negara, Wilayah Persekutuan Labuan, Ester Dingkawan turut  menyampaikan bantuan pek RT Cares Bakul Rahmah kepada golongan B40 Kampung Patau-Patau Dua.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN