31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diperuntukan RM2.68 bilion  untuk bajet  tahun 2022

RAMAH MESRA…. Siti Zailah (kiri sekali) bersama Bashir (tengah) dan Haji Hamir ketika hadir pada Program Kemahiran Pembuatan Kek Lapis dan Majlis Ramah Mesra di Pusat Aktiviti Wanita pada Selasa.

LABUAN: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)  telah diperuntukan  sebanyak RM 2.68 bilion menerusi bajet 2022.

Demikian diberitahu oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dalam satu sidang media selepas menyempurnakan Progra Kemahiran Pembuatan Kek Lapis Dan Majlis Ramah Mesra di Pusat Aktiviti Wanita, dekat sini, pada Selasa.

Daripada jumlah itu katanya sebanyak RM2.5 bilion diperuntukan  untuk perbelanjaan mengurus dan RM 175.42 juta untuk pembangunan.

“Kementerian juga turut mendapat peruntukan  tambahan sebanyak RM 116.882 juta iaitu pertambahan sebanyak 4.56 peratus” katanya.

Menurutnya, peruntukan sebesar ini adalah sebahagian daripada persiapan Malaysia dalam menuju status negara maju menjelang tahun 2030.

Jelas beliau lagi,  KPWKM pula  telah memperuntukan sebanyak RM635 juta  bagi perbelanjaan  bantuan kebajikan, institusi penjagaan  dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

“Daripada jumlah itu sebanyak RM607 juta diperuntukan  untuk bantuan sosioekonomi melibatkan seramai 140,000 penerima  dan  sebanyak RM870 juta diagihkan  sebagai wang saku kepada warga emas melibatkan 2,400 penghuni di 18 Institusi Penjagaan Warga Emas” katanya.

KPWKM juga katanya,  telah memperuntukan sebanyak RM19 juta untuk  geran operasi melibatkan sebanyak 275 badan bukan kerajaan (NGO) terutamanya institusi penjagaan warga emas dan RM9 juta lagi diperuntukkan bagi memperkukuh 153 buah PAWE.

Dalam perkembangan yang lain, Siti Zailah berkata, KPWKM dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO’s)  akan terus berusaha untuk memperkasakan dan  memartabatkan wanita.

Sehubungan dengan itu katanya, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telahpun melaksanakan 1,906 program berteraskan 4K iaitu Kewangan, Kemahiran, Kepimpinan dan Kesinambungan melibatkan seramai 856,233 peserta.

“Ini merupakan usaha berterusan kerajaan untuk memartabatkan golongan wanita dalam aspek sosio-ekonomi dan Pusat Aktiviti Wanita dan ini bukan sahaja digunakan oleh  JPW malah pihak NGO’s untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dapat memberi manfaat kepada golongan sasar khususnya wanita”, katanya.

Pada masa yang sama beliau menyarankan wanita termasuk golongan lelaki  untuk menyertai Skuad Waja sebagai langkah mengurangkan pelbagai isu yang  membelenggu wanita seperti keganasan rumah tangga, diskriminasi gender dan sebagainya.

“Ia berperanan sebagai rujukan  terdekat masyarakat khasnya individu yang ingin mendapatkan maklumat mengenai isu-isu berkaitan keganasan atau yang memerlukan bantuan dari segi khidmat nasihat dan perlindungan.

“Inisiatif ini sekaligus dapat mewujudkan komuniti yang bermaklumat, prihatin dan peka terhadapt persekitiran” katanya.

Hadir sama pada program itu, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Haji Hamir Zahari dan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Dr Zurina Abdul Hamid.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN