25.5 C
Kota Kinabalu
Isnin, Mei 19, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kemas kini pentadbiran PDM : Jonathan

Antara Ketua PDM Parlimen DUN Karanaan sempat merakam gambar bersama Jaharin (duduk tiga kiri). selepas mesyuarat.

RANAU: Semua Ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Parlimen kawasan  Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan disaran agar  siap-siaga dengan tugasan masing-masing bagi mengemaskini pentadbiran organisasi yang diamanahkan.

Penyelaras PDM Parlimen DUN Karanaan, Jaharin Angku berkata, walaupun PRU-15 belum diketahui bila, namun kesiap-siagaan tugasan masing-masing perlu sentiasa lengkap untuk memudahkan perlaksanaan tanggungjawab yang diamanahkan termasuk senerai  pengundi di setiap lokasi dapat dikemasini sebelum PRU.

“Justerus semua ketua PDM harus bersedia  melengkapkan diri menjalankan tugasan yang diamanahkan”, jelas Jaharin ketika mempengerusikan  mesyuarat yang dihadiri 17 orang Ketua PDM Parlimen DUN Karanaan di Bilik Mesyuarat Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau pada Selasa.

Menurut Jaharin, kalah atau menang seseorang calon pada pilihan raya banyak bergantung  terhadap peranan dan fungsi para Ketua PDM.

Susunan Jawatankuasa peringkat Pemuda, Wanita dan Puteri juga perlu diambil perhatian oleh Ketua PDM lebih awal agar sentiasa kemas-kini.

Menyentuh mesyuarat itu, Jaharin memaklumkan ia sebagai ‘Refresmen’ selepas tiada mesyuarat hampir dua tahun disebabkan pandemik Covid-19.

“Sekarang kita boleh sudah bergerak sambil mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelak jangkitan pandemik yang kini belum berakhir”, tambahnya.

Dalam mesyuarat itu, semua ketua PDM Parlimen DUN Karanaan  berazam untuk membantu calon Parlimen  Parikatan Nasional (PN) agar mencapai kemenangan yang membanggakan pada PRU15 akan datang.

               

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN