26 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 16, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Keluarga mangsa lemas di Kg. Tinanom, ucap terima kasih kepada MP Ranau

Gambar atas: .TERIMA KASIH…Heldy menerima sumbangan berupa wang tunai daripada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau  disampaikan Zita (kanan) mewakili Datuk Jonathan.

RANAU: Keluarga warga emas yang berjaya ditemukan  mati lemas di  Sungai Keliau dekat Kg. Tinanom, 75 kilometer dari pekan disini, merakam setinggi penghargaan dan  ucapan terima kasih kepada Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, kerana membantu keluarga berkenaan bukan sahaja sumbangan dalam bentuk kewangan malahan menyediakan pengangkutan jenazah dari hospital Ranau ke Kg.Tinanom untuk urusan pengkebunian.

“Saya mewakili keluarga dan sahabat handai kami berterima kasih kepada Datuk Jonathan kerana membantu meringankan bebanan kami dalam pengurusan  pengkebunian mertua saya, Moijin Bin Gamiyan  65, yang meninggalkan kami buat selamanya”, jelas Heldy Angkat, salah seorang menantu mendiang
Moijin.

“Saya juga mewakili keluarga untuk merakam penghargaan terima kasih kepada semua agensi kerajaan seperti Bomba, PDRM, RELA, APM dan penduduk kampung yang turut terlibat dalam pencarian mertua saya sehingga berjaya ditemukan”, tambah Heldy ketika ditemui selepas menerima sumbangan daripada  pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ranau yang disampaikan Penolong Pegawai Perhubungan Parlimen Ranau, Zita Fedilis mewakili Datuk Jonathan pagi tadi (8 Januari).

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN