25 C
Kota Kinabalu
Ahad, Oktober 6, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

“Keluarga Malaysia Teguh Bersama” bersesuaian dengan iltizam, konsep keharmonian: Robert Tawik

Robert (tengah )bersama Melitus, Guru-Guru Penolong Kanan bergambar bersama guru-guru dan pelajar-pelajar tingkatan 6.

KENINGAU:Sambutan Bulan Kebangsaan pada tahun ini yang bertema “Keluarga Malaysia Teguh Bersama” amat bersesuaian dengan iltizam dan konsep keharmonian sebuah keluarga besar berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, konsep ini boleh diterapkan di peringkat sekolah untuk menyemai perasaan kebersamaan dan kesyukuran dalam kalangan pelajar khususnya dalam meningkatkan pencapaian sekolah dan sama-sama menjaga nama baik sekolah.

“Bagi menjayakan sambutan Bulan Kemerdekaan di peringkat sekolah saya amat berharap agar para pelajar mengambil peluang untuk menyertai semua aktiviti dan program yang dilaksanakan agar matlamat sambutan bulan kebangsaan dapat direalisasikan” katanya.

Robert yang juga ADUN Bingkor berkata demikian semasa berucap merasmikan Penutupan Minggu Suai Kenal Pelajar Tingkatan 6 Sesi 2022/2023 dan Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat SMK Keningau 2022 pada Rabu.

Beliau berkata, sambutan bulan kemerdekaan ini dijalankan adalah seiring dengan aspirasi negara bukan sahaja dalam memupuk semangat patriotik dan cintakan negara tetapi juga dalam usaha membentuk perasaan kekitaan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat Malaysia sesuai dengan tema bulan kebangsaan tahun ini.

Mengenai Minggu Suai Kenal Pelajar Tingkatan 6 Robert berkata, ia merupakan inisiatif guru-guru untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang pakej mata pelajaran dan sistem pembelajaran di peringkat tingkatan 6 yang sudah pasti berbeza dengan sistem pembelajaran peringkat SPM.

Katanya, pendedahan awal ini memberi peluang kepada para pelajar untuk lebih bersedia dari segi mental dan fizikal agar lebih bersemangat untuk mencapai keputusan yang terbaik setiap kali peperiksaan dilaksanakan.

Jelas Robert, Gred pencapaian yang baik akan membuka lebih banyak peluang untuk melanjutkan pelajaran di IPT.

Hadir sama Penolong Kanan Pentadbiran SMK Keningau Danny Sulimin selaku Pemangku Pengetua, Penolong Kanan Tingkatan 6 Abdul Gani Ajim, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Mohan Nair, Penolong Kanan Kokurikulum Gabrie Gumboh, YDP PIBG Melitus Anastasius dan Ketua-Ketua Unit Tingkatan 6.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN