31 C
Kota Kinabalu
Isnin, April 21, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Keluarga asnaf terima bantuan kelengkapan rumah sumbangan Perbadanan Labuan

SERAH….. Annuar secara simbolik menyerahkan barangan kelengkapan rumah kepada Jostin sambil diperhatikan Dr. Fary.



LABUAN: Sebuah keluarga asnaf Jostin Matanggal  yang juga merupakan muaallaf menerima  kelengkapan rumah berupa barangan elektrik dan perabut sumbangan daripada Perbadanan Labuan menerusi Program Labuan Community Care.


Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Labuan, Tan Sri Annuar Musa  ketika menyantuni keluarga tersebut di Kampung Sungai Bedaun dekat sini, pada Khamis.


Turut sama Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Rosida Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr. Fary Akmal Osman.


Sebelum ini, Jostin Matanggal 53,   menerima sebuah rumah baharu bantuan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP) Labuan menerusi Bantuan Asnaf Muallaf.


Sementara itu, Dr. Fary ketika ditemui berkata, bantuan barangan kelengkapan tersebut dilakasanakan di bawah Program Community Care yang juga merupakan  salah satu inisiatif 13 cakna Wilayah Persekutuan yang diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sti Annuar Musa baru-baru ini.






ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN