ADVERTISEMENTspot_img

Kelab Taekwondo Han Loong menang 25 pingat di Brunei

Skuad taekwondo Han Loong rangkul 25 pingat di Brunei.

OLEH: VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Kelab Taekwondo Han Loong Sabah mempamerkan persembahan membanggakan dengan kejayaan merangkul 25 pingat pada Kejohanan Taekwondo Piala Duta Besar Republik Korea ke-6 di Brunei Darussalam baru-baru ini.

Han Loong diwakili 18 atlet pada kejohanan itu yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah pada 7-9 Ogos.

Dua puluh lima pingat yang dimenangi itu adalah menerusi disiplin poomsae dengan empat emas, empat perak dan lapan gangsa serta disipilin kyorugi, lima emas, dua perak dan dua gangsa.

Dalam disiplin poomsae, pingat emas dimenangi  Aleister Ng menerusi acara individu lelaki 9-11 tahun, Calestyne Christina (individu perempuan 12-14 tahun), Constantine Kong (individu lelaki 12-14 tahun) dan gandingan Noah Gabril/Allyson Ong (bergu campuran 15-17 tahun).

Pingat perak dimenangi Noah Gabril (individu lelaki 15-17 tahun), Constantine/Calestyne  (bergu campuran 12-14 tahun), Aleister/Daphne Koay (bergu campuran 9-11 tahun) dan berpasukan perempuan 12-14 tahun (Elsa Koay, Daphne dan Ivory).

Enam dari lapan pingat gangsa poomsae dimenangi dalam acara individu perempuan menerusi  Keisha Koay (6-8 tahun), Anis Zaliska Abdul Manuf (9-11 tahun), Elsa Koay (9-11 tahun),  Daphne Koay (12-14 tahun), Allyson Koay (15-17 tahun) dan Leona Anne Andy (18-30 tahun) manakala dua lagi dimenangi Mohd Danis (individu lelaki 18-30 tahun) dan gandingan Mohd Danis/Leona Anne Andy (bergu campuran 18-30 tahun).

Pingat emas disiplin kyorugi pula dimenangi Vernice Kung (bantamweight 21-24kg perempuan 9-11 tahun), Mason Kung (bantamweight 45-49kg lelaki 12-14 tahun), Javier Koay (lightweight 45-49kg lelaki 12-14 tahun), Mavric Kung (flyweight 45-49kg lelaki 15-17 tahun) dan Allyson Ng (flyweight 42-44kg perempuan 15-17 tahun).

Pingat perak dimenangi Constantine (welterweight 53-57kg lelaki 12-14 tahun) dan Maxim Kung (featherweight 26-29kg lelaki 12-14 tahun) manakala gangsa dimenangi Ivory (lightweight 41-44kg perempuan 12-14 tahun) dan Mohd Danis (featherweight 48-51kg lelaki 15-17 tahun).

Pencapaian keseluruhan itu menyaksikan Han Loong muncul naib johan disiplin poomsae dan tempat ketiga disiplin kyorugi.

Kontinjen Han Loong juga diceriakan apabila Aleister diumumkan sebagai pemenang Pemain Terbaik kejohanan.

Mengiringi skuad Han Loong ke kejohanan itu ialah Master Ervin Ambu dan Emmanuel Siaw (jurulatih).

Penasihat kelab, Roger Chaw berkata kejohanan di Brunei adalah yang kedua disertai Han Loong dalam tempoh dua minggu di mana sebelum itu mereka juga menyertai Kejohanan Taekwondo Antarabangsa MBW 2026 di Negeri Sembilan.

Kejohanan yang berlangsung N9 Arena, Stadium Tertutup Nilai pada 31 |Julai-2 Ogos  itu menyaksikan Han Loong merangkul sembilan pingat emas, tiga perak dan lima gangsa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN