26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, November 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kelab Rotary dan Malaysian Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints terus menyumbangkan projek air bersih ke kampung-kampung di Ranau

Abidin dan lain-lain Menunjukan tandas bagus terhadap projek yang telah siap itu

RANAU: Sebanyak 164 keluarga dan 950 penduduk daripada Kg Napong 1 kini dapat menikmati manfaat daripada projek Projek Air Graviti dan Sanitasi di sini.

Projek itu adalah hasil usahasama yang dikendalikan oleh dua Kelab Rotary daripada Sabah, Kelab Rotary Bandar Seri Begawan dan juga Kelab Rotary daripada Singapore, dengan kerjasama penduduk Kg Napong 1.

Projek tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Malaysian Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir merakamkan ribuan terima kasih kepada Kelab Rotary kerana menjemput sama-sama dalam Perasmian Projek Air Graviti dan Sanitasi Kg Napong 1 itu.

“Bagi pihak penduduk kampung kita amat menghargai usaha murni Kelab Rotary melaksanakan projek kemasyarakan seperti ini.

“Ia sudah tentunya sedikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah bekalan air graviti yang bersih kepada penduduk kampung.

“Ia juga banyak membantu kerja wakil rakyat untuk menangani masalah kekurangan bekalan air di kampung-kampung,” katanya.

Abidin yang juga Adun Paginatan mengucapkan setinggi terima kasih juga kepada Malaysian Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints kerana kita difahamkan lebih kurang RM710 ribu sudah dihulurkan untuk membiayai projek kemasyarakan ini di Daerah Ranau.

“Kita amat mengharapkan lebih banyak projek kemasyarakan ini dilaksanakan di masa akan datang,” katanya.

President Rotary Club of Kota Kinabalu Pearl, Puan Cenderamata Sinteh merakamkan setinggi penghargaan kepada YB Datuk Abidin kerana sentiasa menyokong projek mereka di kawasan DUN Paginatan dan membantu mengenalpasti kampung-kampung yangg memerlukan bekalan air di kawasan DUN Paginatan.

“Kita bersyukur kerana pada akhirnya projek bekalan air graviti Kg Napong 1 akhirnya dapat disiapkan walaupun agak lewat sedikit.

“Ini disebabkan masalah intake yang memerlukan kebenaran daripada pihak Pengurusan Taman-Taman Sabah. Kita berterima kasih sekali lagi kepada YB Datuk Abidin kerana membantu memudahkan urusan kelulusan tersebut.

“Dengan adanya bekalan air paip graviti ini diharap ianya dapat menaikkan taraf kesihatan dan tahap kehidupan penduduk kampung.

Cenderamata turut bersyukur kerana kolaborasi yang baik di kalangan empat Kelab Rotary iaitu Kelab Rotary Kota Kinabalu Pearl,  Kelab Rotary Likas Bay, Kelab Rotary daripada Bandar Seri Bogawan, dan juga Kelab Rotary daripada Singapore.

Katanya, Kelab Rotary mempunyai lebih 1.2 juta ahli di seluruh dunia di mana salah satu usaha kemasyarakannya di Sabah adalah membantu penduduk kampung mendapat bekalan air bersih dan sanitasi yang bersistematik.

“Dalam beberapa tahun ini,  kita sudah melaksanakan 17 projek di Pantai Barat Sabah di mana 10 daripadanya berada kawasan Ranau.

“Hasil daripada usaha kemasyarakan kami ini lebih 1,600 keluarga telah mendapat menafaat dan lebih 7,000 orang penduduk telah menikmati bekalan air graviti yang bersih,” katanya.

Tambah beliau, kelab itu juga amat teruja dengan kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk kampung untuk sama-sama bergotong royong sehingga selesai projek bekalan air graviti ini.

“Projek itu adalah milik kamu (penduduk) dan harapan kami projek ini kamu jaga dengan baik,” katanya.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Elder Larry, Wakil daripada Malaysian Church of Jesus Christ of Latter-Day Saints berkata, dana yang dihulurkan adalah sumbangan daripada ahli-ahli Gereja. 

“Kami adalah sukarelawan yang membantu supaya dana-dana ini dapat disalurkan untuk menolong penduduk kampung yang memerlukan.

“Justeru kami merakamkan jutaan terima kasih kepada Rotary Club kerana kolaborasi yang baik bersama dengan penduduk kampung untuk menyiapkan projek kemasyarakan ini.

“Kita amat berbangga kerana akhirnya projek bekalan air paip graviti dan Sanitasi ini dapat disiapkan dan diharap ianya memberi menafaat yang besar kepada penduduk kampung,” katanya.

Tambah Larry, sebagai manusia, kita boleh hidup tanpa makanan selama 3 hari tetapi kita tidak boleh hidup tanpa air selama itu.

Pengerusi JKKK, Felix Gabik merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan badan NGO kerana melaksanakan projek bekalan air dan Sanitasi kepada Kg. Napong 1 yang dianggarkan memakan belanja lebih dari RM80 ribu.

“Ini merupakan satu projek yang amat bermakna kepada penduduk kampung kerana ia memberi bekalan air graviti yang berterusan dan lebih bersih.

“Ia sesungguhnya membawa kesejahteraan kepada penduduk dan dapat mengurangkan risiko penyakit melalui air,” katanya.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih khusus kepada Wakil Rakyat DUN Paginatan, Yb Datuk Abidin Madingkir kerana atas usaha beliau Kg. Napung 1 telah dipilih untuk menerima sumbangan bekalan air graviti dan Sanitasi ini.

“Kita juga amat berterima kasih kepada Wakil Rakyat kita kerana memberi peruntukan sebanyak RM14 ribu untuk kos pendawaian Mini Dewan kita.

“Rakyat Kg. Napong 1 akan terus berada di belakang kepimpinan YB Datuk Abidin dan akan memastikan kesinambungan kepimpinan beliau di DUN Paginatan sebagai Wakil Rakyat selepas PRN17,” katanya.

Turut hadir Jeferison Salingkin, mewakili Pegawai Daerah Ranau, PPM Hishamudin Harun, Datuk Suzanna Liaw, Mantan President Kelab Rotary Kota Kinabalu Pearl, Juis Konsuling, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir, CDO Jipili Sigal dan Para Pemimpin Masyarakat Tempatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN