23.8 C
Kota Kinabalu
Rabu, Julai 9, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kelab DAM dilancar bagi memastikan kemenangan Datuk Abidin Madingkir dalam PRN17

Abidin menerima cenderakenangan dalam bentuk lukisan potret beliau daripada Gapili


RANAU: Penyokong Parti StarSabah dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di sini telah menubuhkan Kelab Penyokong Tegar ADUN Paginatan Datuk Abidin Madingkir (DAM) yang mana telah dilancarkan di sini baru-baru ini.


Dalam acara sambutan pelancaran itu, Presiden Kelab DAM, Gapili Paridi mengalu alukan kebersamaan semua ahli Kelab dari seluruh pelusuk DUN Paginatan.


“Kelab DAM atau lebih difahami sebagai Kelab Penyokong Tegar Datuk Abidin Madingkir, diujudkan hanya satu matlamat iaitu mempastikan kemenangan beliau dalam Pilihanraya Negeri yang akan diadakan tidak lama lagi


“Segala tenaga ahli-ahli kelab akan dikerah untuk melipat gandakan usaha untuk memenang hati para pengundi, seterusnya memberi sokongan padu kepada YB Datuk Abidin sebagai calon GRS DUN N38 Paginatan.


“Semua ahli kelab komited untuk melipatgandakan usaha menyalurkan segala maklumat yang perlu diketahui oleh pengundi DUN Paginatan supaya agenda kerajaan GRS dapat disebarkan seluas luasnya kepada rakyat,” katanya.


Gapili mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Penganjur kerana berjaya melaksanakan Majlis dengan jayanya.


Pelancaran Kelab DAM telah dirasmikan oleh Abidin sendiri yang juga merupakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri dan juga Naib Presiden StarSabah.


Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK Tertinggi Kelab DAM dan juga ahli-ahli kerana inisiatif yang begitu baik sekali mengujudkan kelab tersebut.


“Ini sudah tentunya menaikkan semangat kita untuk ‘berjuang’ lebih kuat lagi bagi kemenangan GRS di DUN Paginatan.


“Kepada semua ahli Kelab Penyokong kuat DAM, keutuhan kelab bukan hanya kerana banyaknya ahli tetapi semangat dan sokongan juga adalah yang paling penting.


“emangat kebersamaan, keiklasan ahli dan komitmen dalam melaksanakan visi dan misi kelab adalah kunci kepada kemenangan kita bersama,” katanya.


Sementara itu, beliau turut mengingatkan para penyokong tegar DAM bahawa setiap tindak tanduk mereka adalah cerminan kepada kepimpinan beliau.


“Oleh itu, jadilah ahli yg berdisiplin, berfikiran terbuka dan berpendirian kuat dalam menghadapi apa juga situasi menjelang PRN17 yang akan diadakan tidak lama lagi.


“Peranan semua ahli kelab adalah memberi penerangan serta menyalurkan maklumat mengenai agenda kerajaan, pencapaian kerajaan GRS dalam 4 tahun yang lalu serta menyampaikan maklumat misi dan visi Kerajaan GRS melalui Perancangan Sabah Maju Jaya 2.0.


“Semoga dengan semangat tinggi yang dilaungkan oleh semua ahli- ahli Kelab DAM akan membawa kemenangan cemerlang calon GRS di DUN Paginatan dalam PRN17 nanti,” jelas Abidin.


Dalam pada itu, Pengerusi Penganjur, Supidih Sallehin merakamkan jutaan terima kasih kepada Abidin dan semua ahli Kelab DAM kerana sama-sama memeriahkan hari yang dianggap bersejarah itu.


“Kelab DAM akan menyusun aktiviti kelab yang menjurus kepada satu tujuan iaitu memastikan kemenangan cemerlang Datuk Abidin dalam PRN17 nanti. Terima kasih kepada semua AJK Penganjur atas komitmen tinggi yang telah diberikan bagi kejayaan Majlis ini,” katanya.


Turut Hadir, Ketua Daerah, OKK Muhasip Hj Rauman, Pegawai Khas Datuk Abidin Madingkir Juis Konsuling, CDO Jipili Sigal, Pengerusi Persatuan Pemegang Adat DUN Paginatan, KAN Dualis Porodtong, KAN, WKAN, Ketua Kampung dan Pengerusi dan Setiausaha JKKK DUN Paginatan, dan AJK Bahagian Star Paginatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN