33 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kelab bola sepak TABFA 1990 kembali aktif

Oleh: Francis Andin

BEAUFORT:Kelab bola sepak TANJUNG ARU BEACH FA (TABFA) yang ditubuhkan 1990 yang lalu kembali aktif dengan mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab Bola Sepak di negeri ini.


Pengurus Pasukan, Yee Wee Onn berkata pasukan yang antara lain menampil beberapa bintang bola sepak negeri dan kebangsaan baru-baru telah mengadakan aktiviti jelajah dan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Tigers Old Boy 4 bertempat dikompleks sukan Beaufort.


Katanya dalam perlawanan persahabatan itu, Pasukan TABFA tewas kepada pasukan lawan dengan 4 gol berbalas 2.

Manakala 2 gol TABFA SUPERVET dijaringkan oleh Mike Wong dan Ajamain Matlani di minit 30 separuh masa pertama dan minit ke 40 pada separuh masa kedua.


“ Kita mengadakan persahabatan ini di kompleks sukan Beaufort sempena Program Jelajah Sabah pasukan TABFA bertujuan mengeratkan silatululrahim dan sebagai aktiviti tahunan kelab TABFA.


Katanya program kali Ini adalah jelajah ke -2 selepas Keningau dan Beaufort dan akan ke daerah Tawau , Sandakan dalam tahun ini.


Menurut Yee, pasukan yang dikenali era90an ini pernah menjuarai kejohanan Liga Bola Sepak Kota Kinabalu dan kelab pernah dibarisi sebahagian Bekas pemain Negeri yang pernah menyarung jersi kelab ini di era 90an antaranya ,Harun Laban, Andrew Laban,Tan Yee Lee, Johnny Dominicus, Andrew Majangim.


“ Semua pemain ini masih lgi bersama TABFA untuk bermain dalam kategori veteran,kita berharap pasukan ini menjadi pemangkin kepada dunia bola sepak dinegara ini melalui percambahan pengalaman dan kemahiran yang ada sepanjang program tahunan kelab ini “katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN