27.7 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mei 20, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kekalkan perpaduan, keharmonian yang terjalin sejak sekian lama: Abdul Ghani

Ghani menyampaikan sumbangan kewangan dan beras kepada salah seorang penerima.

NABAWAN: Rakyat pelbagai kaum dan agama di negeri ini khususnya di daerah ini harus mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang terjalin sejak sekian lama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata perbezaan agama dan kepercayaan tidak jangan jadikan penghalang untuk rakyat kekal bersatu.

“Kita dapat kekal bersama dan bersatu, agama tidak menjadi penghalang kepada kita kerana kita percaya, agama adalah amalan masing-masing

“Inilah cara kita di sejak dahulu dan cara itu seharusnya kekal pada masa akan datang” katanya semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Daerah Kecil Pagalungan yang dihoskan ADUN Nabawan pada hari raya ketiga lepas.

Ghani yang juga Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata, komitmen kerajaan adalah memupuk perpaduan dan pemahaman agama masing-masing tidak hanya dalam kata-kata tetapi perbuatan.

Pada masa sama beliau berharap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan perayaan-perayaan lain seperti Hari Krismas, Tahun Baru Cina dan menjadi pemangkin perpaduan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

“Keunikan kita (rakyat) Sabah ialah penganut pelbagai agama berkongsi kegembiraan dan perayaan kerana ini sudah menjadi amalan kita sejak sekian lama.

“Rakyat kita saling menghormati budaya dan agama satu sama lain” katanya.

Menurutnya di bebarapa tempat di negeri ini khususnya di Pedalaman keluarga Kristian dan Islam tinggal bersama di bawah satu bumbung tanpa banyak isu atau masalah.

“Terdapat juga rumah ibadat Kristian bersebelahan dengan masjid menggambarkan persaudaraan serta persahabatan dalam kalangan rakyat khususnya di daerah ini” tambahnya.

Pada majlis rumah terbuka itu Ghani menyampaikan sumbangan kewangan dan beras kepada seramai 120 golongan asnaf muslim dan bukan muslim.

Duit raya turut disampai kepada kanak-kanak oleh Datin Asiah Hj Azlan isteri Ghani.

Hadir sama Pegawai Daerah Nabawan Marshal Anthony @ Idham, Penolong Pegawai Daerah Kecil Pagalungan Hasinin Kinsim, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN