26 C
Kota Kinabalu
Selasa, November 5, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kekalkan keharmonian, jangan membeza-bezakan kepelbagaian: Abdul Ghani

NABAWAN: Masyarakat pelbagai kaum di negeri perlu mengekalkan keharmonian dan tidak membeza-bezakan kepelbagaian aspek kehidupan yang ada, tidak kira kaum, etnik, agama dan perbezaan lain yang wujud.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, masyarakat yang berbilang kaum dan agama perlu sentiasa bekerjasama, bertimbang rasa, prihatin, hormat-menghormati dan sentiasa maju kehadapan untuk merealisasikan segala agenda murni, tanpa menghakis keaslian dan kepelbagaian budaya yang diwarisi.

Katanya, bersesuaian dengan tema sambutan pesta kaamatan pada tahun ini, ” Kaamatan Membudayakan Perpaduan”. Perpaduan adalah tunjang utama dalam meneterjemahkan cara hidup bermasyarakat yang mempunyai kepelbagaian atau perbezaan namun sentiasa
memastikan masyarakat sentiasa hidup dalam aman damai, harmoni dan sejahtera.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Sabah (LKTNS) berkata demikian semasa berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan KRT Kampung Bahagia A, Nabawan pada Sabtu.

“Janganlah terikut-ikut dengan sikap segelintir pihak yang mempunyai sikap iri dan dengki yang suka mencari atau membesar-besarkan apa-apa isu yang boleh membawa dan menggugat keharmonian yang menyebabkan perpecahan” katanya.

Beliau berkata, masyarakat perlu sentiasa bersatu dan berpadu dalam setiap perkara terutama dalam hal yang membawa kebaikan dan manfaat kepada masyarakat khususnya untuk daerah ini

Pada majlis itu Ghani menyempurnakan penyampaikan kunci Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) kepada lima Ketua Isi Rumah (KIR).

Ghani turut meluluskan RM10,000.00 untuk pembaikan paip graviti dan 200 buah kerusi untuk Kampung Bahagia A.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN