27 C
Kota Kinabalu
Selasa, Disember 5, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Kekalkan keharmonian: Ghani Yassin

Ghani diiringi oleh isterinya Datin Asiah Azlan, Pegawai Daerah Nabawan Peter Jiton selaku Pengerusi sambutan Pesta Kaamatan Daerah Nabawan dan rombongan disambut dengan tarian tradisi sambut tamu.

NABAWAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin menyeru seluruh masyarakat di daerah ini agar terus mengekalkan keharmonian yang sedia ada.

Katanya, jangan membeza-bezakan kepelbagaian aspek kehidupan yang ada, tidak kira kaum, etnik, agama dan perbezaan lain yang wujud.

“Kita perlu sentiasa bekerjasama, bertimbang rasa, prihatin, hormat-menghormati dan sentiasa maju kehadapan untuk merealisasikan segala agenda murni, tanpa menghakis keaslian dan kepelbagaian budaya kita disini” katanya sambil memetik peribahasa Melayu, “Yang lama dikelek, Yang baharu didukung” dan Tak lapuk dek hujan, Tak lekang dek panas” bermaksud, adat yang
lama tetap diamalkan disamping budaya hidup yang baharu.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata demikian semasa berucap merasmikan sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Nabawan di dewan terbuka Majlis Daerah di sini pada Sabtu.

Katanya, yang penting adalah masyarakat di daerah ini khususnya suku kaum Murut sebagai
suku majoriti di daerah ini akan terus maju dan sentiasa berdaya saing dalam pelbagai aspek hidup bermasyarakat.

Ghani dalam ucapannya turut berkongsi mengenai hala tuju kerajaan negeri melalui slogan jata negeri yang sering dilaung-laungkan iaitu, Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya atau lebih dikenali sebagai Pelan Hala
Tuju SMJ.

Katanya, Pelan SMJ ini membawa citra inklusitiviti, pemikiran bersama dan kebertanggungjawaban setiap rakyat Sabah untuk menjayakan agenda pembangunan negeri.

“Hala tuju SMJ berfungsi sebagai panduan dasar dan program kerajaan negeri, seterusnya
memandu ke arah pelaksanaan secara terancang dan strategik, untuk mencapai sasaran dan matlamat yang bertepatan dengan keperluan
pembangunan negeri” jelasnya.

Tambahnya, ia bersesuaian dengan kerangka dasar Malaysia Madani daripada kerajaan persekutuan, yang baru diperkenalkan oleh Perdana Menteri pada bulan Januari tahun ini.

Katanya, konsep pelaksanaan ini terletak pada
enam tonggak utama seperti Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

Beliau berkata, kerangka dasar Malaysia Madani ini bertujuan untuk memartabatkan semula negara sebagai negara Makmur dan dihormati.

Maka dengan itu katanya, Hala Tuju Sabah Maju Jaya secara serius mendokong Malaysia Madani, kerajaan negeri mengimpikan Sabah yang lebih maju kehadapan, seimbang, makmur, sejahtera, stabil dan berdaya saing maju dalam pelbagai aspek demi kesejahteraan dan kemakmuran seluruh masyarakat di negeri ini.

Menyentuh keutamaan dan perancangan pembangunan di daerah ini Ghani berkata, beliau dan rakan-rakan, para pemimpin di daerah ini sentiasa serius dan akan terus berkhidmat, bekerja dengan lebih gigih memastikan keutamaan pembangunan dalam pelbagai aspek di daerah ini akan terus berjalan seperti yang telah dirancang.

“Terutama dalam aspek pembangunan jaringan
infrastruktur, pembangunan sosio-ekonomi dalam pelbagai aspek seperti pertanian, keusahawanan, pembangunan modal insan dan sebagainya” katanya.

Justeru itu beliau berharap agar masyarakat di daerah ini sentiasa menyambut baik dasar-dasar dan setiap pembangunan mahupun bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

Pada masa sama Ghani mengingatkan masyarakat di daerah ini agar jangan terikut-ikut dengan sikap segelintir pihak yang mempunyai sikap iri dan dengki yang suka mencari atau membesar-besarkan apa-apa isu yang boleh membawOa, menggugat keharmonian yang menyebabkan perpecahan.

Tegasnya, masyarakat perlu sentiasa bersatu dana berpadu dalam setiap perkara terutama hal yang membawa kebaikan dan manfaat kepada
masyarakat.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN