26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 24, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KEKALKAN IDENTITI BUDAYA : JAPLIN

KEKALKAN IDENTITI BUDAYA : JAPLIN

Kenangan…Japlin (tengah), Shamsuddin (kiri sekali) bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa Persatuan Rumpun Bajau Samah cawangan Bandarya Kota Kinabalu semasa kunjungan hormat di sini semalam.

Kota Kinabalu : Identiti warisan bangsa dan budaya masyarakat yang kaya perlu dipelihara bagi memastikan kelangsungan etnik peribumi kekal diketahui oleh generasi baharu.

Naib Presiden Persatuan Rumpun Bajau Samah Sabah, Datuk Japlin Akim berkata disamping kita rancak membangunkan negeri, kita juga tidak mengabaikan kepentingan adat dan budaya kita.

Katanya ini kerana budaya merupakan aspek penting dalam kehidupan kita yang melambangkan identiti sesuatu bangsa, suku kaum dan etnik untuk terus dipelihara dan dimartabatkan untuk kepentingan kita dan generasi akan datang.

Perjuangan mempertahankan identiti kita harus diteruskan demi keperluan generasi akan datang. Generasi muda tidak boleh tunduk kepada kepuasan ini. Kita harus memelihara semua ini untuk generasi akan datang. Generasi muda perlu mempertahankan keunikan budaya yang ada sebagai teras kepada keharmonian kaum sejak dahulu lagi, katanya.

Beliau juga berharap supaya persatuan ini dapat terus memelihara dan memartabatkan budaya ini serta mengekalkan semangat perpaduan dan keharmonian sesama kita.

“Menerusi perpaduan dan kesatuan rakyat yang berbilang suku kaum dan etnik, kita akan dapat memacu transformasi pembangunan negeri ke tahap kejayaan yang lebih tinggi, katanya.

Beliau berkata demikian semasa kunjungan hromat Persatuan Rumpun Bajau Samah cawangan Bandaraya Kota Kinabalu di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Rumpun Bajau Samah cawangan Bandaraya Kota Kinabalu, Shamsuddin Awang Aman, Timbalan Masri Mansor, Naib Pengerusi Mohd Syum Majid, Setiausaha Awang Ali, Bendahari, Johan Walit, Ketua Penerangan, Madsa Awang Aman.

Sementara itu, Pengerusinya Shamsuddin Awang Aman berkata Persatuan Rumpuan Bajau Samah cawangan Bandaraya Kota Kinabalu telah ditubuh pada tahun 2017.

Tambah beliau misi dan visi Persatuan adalah untuk menaikkan martabat bangsa kaum Bajau Samah di Negeri Sabah sekaligus berjaya dalam bidang perniagaan dan mengekalkan budaya tradisional.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN