28 C
Kota Kinabalu
Ahad, Februari 25, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kekalkan budaya, amalan tradisi: Abdul Ghani

Ghani (tengah) bergambar kenangan bersama AJK penganjur dan penduduk yang hadir pada program itu

NABAWAN: Budaya dan amalan tradisi yang lebih menjurus kepada merapatkan hubungan silaturahim dan kekeluargaan perlu dikekalkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin berkata, melalui budaya dan amalan tradisi sesuatu kaum itu boleh dikenali oleh pihak lain.

Katanya, sebagai contoh kaum Murut di negeri ini yang kaya dengan budaya dan amalan tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang seperti majlis pasisimpungan (pertemuan keluarga besar), gotong-royong dan sebagainya adalah pemangkin kepada perpaduan dan keharmonian antara keluarga dan kelompok masyarakat.

Ghani yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) berkata demikian selepas merasmikan Orou Pasisimpungan am Panawari kali ke 1 2024 Kampung Bahagia pada Ahad.

Beliau berkata, budaya dan amalan tradisi yang berkait rapat dengan perpaduan dan keharmonian perlu dijaga agar ia kekal diwarisi oleh generasi akan datang dan tidak pupus dengan kewujudan budaya dari luar yang boleh memecah-belahkan hubungan kekeluargaan.

Terdahulu dalam dalam ucapannya, Ghani berkata penganjuran program itu sememangnya dapat mengeratkan lagi silaturahim sesebuah komuniti yang mana ianya juga akan memberi kesan yang baik dalam usaha membangunkan pelbagai aspek di kawasan masing-masing.

“Oleh itu, sebagai wakil rakyat saya sentiasa menggalakkan penganjuran program yang boleh memberikan impak positif kepada masyarakat di daerah ini” katanya.

Beliau juga berharap semoga program
sebegini dapat diteruskan di lain hari dan kampung-kampung lain di daerah ini juga boleh menganjurkan program
seumpama ini yang bermanfaat dan dapat menyatupadukan semua pihak.

Pada masa sama beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada warga KRT Kampung Bahagia dan semua individu yang terlibat untuk menjayakan program ini.

Tambahnya, program seumpama ini memberi manfaat dan dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama khususnya untuk komuniti Kampung Bahagia sendiri.

Prgram itu diserikan dengan perbagai persembahan kebudayaan dan hidangan makanan tradisi kaum Murut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN