32 C
Kota Kinabalu
Selasa, Julai 23, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

KEJOHANAN LIGA BOLA SEPAK VETERAN TERBUKA RANAU BERMULA JUN – DISEMBER INI

David Julian Penganjur Kejohanan Bola Sepak Veteran Ranau

RANAU:’Taralamas River Canyon’ akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Veteran Terbuka Ranau bermula Jun hingga Disember ini bertempat di padang Pekan Ranau. Perlawanan akan dijalankan pada setiap hari Sabtu bermula jam 7.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Pengerusi Penganjur, David Julian berkata antara syarat ialah pemain hendaklah berumur 40 tahun ke atas. Setiap kali turun ke padang untuk perlawanan, pengurus pasukan hendaklah memastikan 3 orang pemain adalah yang berumur 40-45 tahun. 4 orang (berumur 46-49 tahun) 3 orang (50 tahun ke atas) dan 1 lagi iaitu penjaga gol (berumur 40 tahun ke atas).

Untuk menunjukkan kesahihan, setiap pemain hendaklah menyediakan 1 salinan kad pengenalan sebagai rujukan. Para pemain akan memakai gelang berlainan warna mengikut umur sepanjang kejohanan untuk mengesan kategori umur.

Disebabkan akan bermain 1 musim 2022/2023 maka setiap pasukan dibenarkan menyenaraikan seramai 30 pemain. Jumlah pasukan terhad kepada 20 pasukan. Format perlawanan yang digunakan ialah sistem liga seperti Liga Inggeris. Yuran penyertaan setiap pasukan adalah RM300.

Antara hadiah yang menarik ialah Johan akan menerima RM2000 berserta sebuah piala. Naib Johan (RM1500, piala), Ke-3 (RM1000, piala), Ke-4 (RM500), Ke-5 (RM300), dan Ke-6 hingga ke-20 (RM200).

Menurut David, pihaknya juga akan mencari Pemain Terbaik Veteran kategori 40 – 45 tahun dengan hadiah RM200.00 berserta Trofi, Pemain Terbaik Veteran kategori 46 – 49 tahun: RM200.00 + Trofi, Pemain Terbaik Veteran kategori 50 tahun ke atas: RM200 + Trofi, Penjaga Gol terbaik: RM200.00 + Trofi, Pemain Terbaik Bulanan pilihan penganjur: RM100 + Trofi dan Penjaga Gol Terbaik bulanan (Clean Sheet + Save terbanyak): RM100.00 + Trofi.

Menurut David ketika dihubungi media, atas sambutan hangat Liga Veteran Ranau 2022, maka penganjur membuat keputusan mewujudkan Liga Veteren Ranau Divison 2 dengan menghadkan kepada 10 pasukan sahaja.

Syarat-syarat pertandingan di Liga utama adalah terpakai dalam Liga 2 ini. 3 pasukan teratas di Liga 2 di akhir musim akan naik ke Liga Utama. 3 pasukan tercorot di liga utama di akhir musim akan turun ke Liga 2.

Katanya, pasukan yang sudah mendaftar setakat ini ialah ( Ranau ) Agaras FC Legends, Kundasang Legends, Napong FC Veteren, Ex-Kimondou, Aki Legends, Edu Vet Ranau, Clasico A, Clasico B, SPANUL FT, LIBRU VET.FC dan Ex-Pai Wen.

Sementara pasukan luar daerah ialah Wira FC, TB Mix Vet, Otai KM, DBKK Vet, SINBA VET PITAS, WiraSib, Pagari FC, Nabawan Vet dan KM Classic., PEMUNTARIAN VETREN PLUS Football team, Sepinong Vet, Berayung Vet, Springfield Vet, Bomag Vet, RRB Vet. Telupid Town dan Apid Apid Vet.

Setakat ini penyertaan pasukan masih dibuka dan kepada yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 019-5803558.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN