ADVERTISEMENTspot_img

Kejohanan Indoorgame Club Paka Dua berjalan  lancar

JUARA CHESS…Hamzan (kiri) menerima hadiah disampaikan Tinus.

RANAU: Kejohanan Indoorgame Club Paka Dua ‘IGC-PADU’ di sini, telah berjalan  lancar dan  teratur menyaksikan saingan sengit dikalangan 106 orang peserta.

Kejohanan yang julungkali diadakan itu telah berlangsung di perkarangan Dewan Mini Pisompuruan Kg.Paka Dua, mengetengahkan  4 jenis permainan iaitu Double Dart, Double Carrom, Chess dan Slingshot Double.

Keputusan rasmi acara terbuka itu, selepas persaingan sengit  Double Dart Johan disandang oleh Hamzan Jainudin bersama pasangannya Asrin  Mohd.Said manakala Naib Johan dimenangi Nazrin bersama Reszlan  dan  pasangan Gervatius bersama Din Sharom menduduki tempat ketiga.

Johan bagi acara Double Carrom menyaksikan penumpuan minda unggul pasangan  Jupilin bersama Rizan dan Asrin bersama rakanya Azam menduduki Naib Johan meletakkan Asri bersama Gervatius di tempat ketiga.

JOHAN…Jupilin (kiri) mewakili rakannya  menerima hadiah Juara disampaikan tuan Tinus.

Bagi acara ‘Chess’ pula menyaksikan kehandalan Hamzan untuk muncul Juara disusuli Rizan (naib johan) dan Asyraf menduduki tempat Ketiga.

Johan bagi acara Shlingshot Double menyaksikan kehebatan penumpuan mata pasangan Sharul Nizam dan Sham untuk muncul Juara dan Asrin  berpasangan  dengan Razdi menduduki Naib Johan manakala pasangan Hasinin bersama Rogerh menduduki tempat Ketiga.

Semua hadiah telah disampaikan Pegawai Daerah Ranau, tuan Tinus Manggang disaksikan ratusan penduduk Kg.Paka Dua dan Kg.Lingkudau yang menyertai satu Gotong Royong Perdana yang diadakan pada hari yang  sama dirasmikan Menteri Kewangan Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)N.37 Karanaan, Datuk seri Panglima Haji Masidi Bin Manjun.

          

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN