Sebahagian Biro Belia dan Sukan Kg.Tungou selaku Jawatankuasa Penganjur Bersama, kejohanan merakam gambar selepas mesyuarat.
RANAU: Kejohanan Bola Sepak 7 Sebalah tertutup Parlimen Ranau bagi merebut Piala Pusingan Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri II, merangkap Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, akan diadakan di padang SK.Tungou pada 26-27 Februari bermula 8.30 pagi.
Kejohanan anjuran Parlimen dengan kerjasama Biro Belia dan Sukan Kg.Tungou itu merupakan antara inisiatif mencungkil serta mengasah bakat dan potensi para belia dalam melahirkan lebih ramai pemain bola sepak yang boleh diketengahkan bagi mewakili Parlimen Ranau ke kejojanan yang lebih memcabar pada masa akan datang
Sempena kejohanan itu sebanyak 20 pasukan telah mengsahkan penyertaan bagi merebut hadiah-hadiah yang telah tersedia iaitu, Johan bakal menerima wang tunai RM700, sebuah Piala Pusingan, Stand Medal dan Medal, Naib Johan menerima RM500 bersama Medal, tempat Ketiga bakal menerima RM300 berserta Medal manakala tempat keempat akan menerima RM200 bersama Medal.
Naib Pengerusi Biro Belia dan Sukan Kg.Tungou, Zul Khaizan @Gidol Bin Japrin memberitahu, antara pasukan yang telah mengsahkan penyertaan bakal berantap memburu kejuaraan kejohanan ialah, Napra FC, Kibara FC A, dan Kibara B, Peladang Fc, Winnerusud A, Bomag Fc, Purakogis Fc, TUFC, Binantau Fc, Kifa Fc, Lohan Fc JR A, Lohan Fc JR B, Winnerusud B, Sabagoo Fc A, Sabagoo Fc B,Tungou Mix, Tungou Legend dan Mix Native.
Penaung kejohanan, Jasrin Bin Simin pula ketika ditemui mengharapkan kepada semua pasukan supaya hadir lebih awal memudahkan Jawatankuasa penganjur dapat menyusun jadual permainan dengan lancar dan teratur.
Menurutnya, memang ramai lagi yang berhasrat menyertai kejohanan itu tetapi Jawatankuasa penganjur terpaksa hadkan memandangkan penularan pandemik Covid-19 belum berakhir.
“Kita mengharapkan kepada orang ramai termasuk para pemain supaya mematuhi SOP yang ditetap kerajaan kecuali masih berada di tengah padang permainan”, tegas Jasrin.
Beliau seterusnya memaklumkan, satu Majlis Santai bersama penduduk Kg.Tungou pada 26 Februari, sekitar jam 2.00 petang di Dewan Mini kampung itu yang akan dihadiri Datuk Jonathan.



