33 C
Kota Kinabalu
Isnin, Disember 2, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kejohanan Badminton Tertutup RRBC berlangsung dengan jayanya.

MUNCUL JUARA……..Ivan   (kanan) mewakili rakannya menerima hadiah kemenangan.

RANAU: Kejohanan Badminton Tertutup anjuran Rukut-Rukut Badminton Club (RRBC) bertempat di Dewan Kg. Kilimu di sini, baru-baru ini berlangsung dengan jayanya.

Kejohanan julung kali itu dibahagikan kepada dua kategori, A dan B melibatkan 38 peserta dari tiga pasukan jemputan iaitu  Parlimen Ranau, Ibu Pejabat Polis (IPD) Ranau, pasukan Kg. Kilimu,  dan turut disertai pasukan RRBC.

Kehebatan pemain beregu Ivan Mario Benedict dan Charlison Kandi mewakili pasukan RRBC, membolehkan mereka menjuarai kategori A.

GEMBIRA…….Para pemenang merakam gambar bersama Jonathan (tengah)  selepas menerima hadiah

Naib Juara dimenangi Batiar Bacho bersama pasangannya Delentine J. Lacius (Parlimen Ranau) dan tempat ketiga disandang oleh Anddyan Osman dan Hazimin Hamin.

Manakala pemenang kategori B menampilkan dua pasangan juara iaitu Foo Ming Fhong dan Eric Jhonson (RRBC), naib juara berpihak kepada Sudirman Mansur dan Madi Bin Misi manakala tempat ketiga dimenangi Raymond Goh dan Jai Jemis.

Kejohanan itu terut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Dalam Negeri, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin, seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Jonathan ketika ditemui mengucapkan Syabas dan tahniah kepada semua pasukan yang mengambil bahagian pada kejohanan itu.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemenang dan yang kurang bernasib baik jangan lemah semangat, sebaliknya cuba lagi pada kejohaman akan datang, ‘Majulah Sukan Untuk Negara”, katanya.

      

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN