Oleh Aduka Jasnin Suman
RANAU: Seramai 233 orang pemain telah menyertai Kejohanan Badminton Tertutup Ranau dan Jemputan 2019, anjuran Belia Dan Beliawanis, Pertubuhan KadazanDusun (KDM) Malaysia, Bahagian Ranau.

Kejohanan yang mendapat sambutan menggalakan itu berlangsung selama dua hari di Dewan Kompleks Sukan Ranau bermula 09-10 November.
Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Beregu Lelaki (terbuka), Beregu Veteran Gabungan, Beregu Lelaki Novis (tertutup), Beregu Campuran dan Beregu Wanita.
Kejohanan julung kali itu telah menawarkan hadiah lumayan berupa wang tunai disamping hadiah teknikal.
Terdahulu, majlis perasmian telah disempurnakan Timbalan Ketua Pimpinan KDM Bahagian Ranau, Wasimin Wasli.
Wasimin dalam ucapannya berharap agar peserta yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu dapat menunjukan semangat kesukanan yang tinggi serta bermain dengan penuh keharmonian.

Katanya gelaran juara pasti menjadi idaman setiap pemain, namun perlu di ingat bahawa integriti dan maruah berpasukan harus diutamakan.
“Para pemain juga diharap menunjukan serta menyerlahkan mutu serta corak permainan yang mantap dan berkarisma. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan,” katanya.
-Wasimin Wasli-
