25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Jun 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kehidupan kian mencabar, usaha lebih gigih diperlukan

Padris memperlihatkan antara barangan yang dijualnya di pasar terbuka pekan Ranau.

RANAU: Untuk mendepani kehidupan yang kian mencabar  memerlukan usaha gigih  mencari sumber  bagi  mendapatkan  rezeki yang halal, kata salah seorang pengusaha runcit ‘Macam-Macam Ada’ di gerai Nombor 8, di Pasar Terbuka pekan Ranau, Padris Bin Sitim 50, dari Kg.Mumpait Ranau.

Menurutnya, ingin berusaha sendiri tanpa terlalu mengharapkan bantuan kerajaan perlu ditanam dalam diri diadalah yang terbaik asalkan kerja itu halal dari segi agama dan tidak menyusahkan orang lain.

“Justeru saya menyeru kepada adik-adik lepasan sekolah atau yang masih di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau Swasta (IPTS) agar tidak terlalu memilih bidang pekerjaan untuk diceburi bagi menampung kos perbelanjaan diri sendiri dan keluarga”,tegas Padris yang menjual lebih 50 jenis barangan runcit di gerainya sejak 2008 hingga sekarang dengan harganya yang mampu milik.

Ketika ditemui pagi tadi, beliu berterima kasih kepada pihak Majlis Daerah Ranau(MDR) kerana memberi ruang perniagaan kepada ratusan penjaja di pasar terbuka itu untuk kemudahan mempamir dan menjual produk mereka terutama pelbagai jenis sayuran segar tanah tinggi, buah-buahan segar dan barangan tempatan.

Padlis yang mendapat sokongan dan kerjasama daripada isteri tersayangnya, juga berterima kasih kepada pihak MDR kerana sentiasa memikirkan yang terbaik untuk para penjaja termasuk mereka yang berniaga di ruang bangunan Pasar Besar pekan Ranau.

“Kita berterima kasi kepada MDR kerana bertindak segera untuk memasang atap dua laluan di dalam pasar terbuka ini yang sebelumnya menghalang orang ramai berkunjung ke pasar terbuka ini ketika musim hujan “,tambahnya.

            
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN