24 C
Kota Kinabalu
Isnin, Januari 13, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kehadiran ramai pelancong bukti penularan Covid-19 semakin reda

KENANGAN…Laura (kanan sekali) dan  Tan Eng Sing (empat dari kanan) sempat  merakam gambar dengan rombongan Aireland sempena lawatan mereka ke RRF

RANAU: Kehadiran para  pelancong dari luar negara ke Negeri Sabah, membuktikan penularan pandemik Covid-19 kini semakin reda dan meyakinkan masyarakat  antarabangsa bahawa Malaysia  adalah selamat untuk dikunjungi.

“Kami datang untuk melancong ke Malaysia atas keyakinan kami bahawa memang selamat untuk ke negara ini terutama di Sabah amnya dan daerah Ranau atau Kundasang khasnya yang sangat cantik dengan keindahan panorama Gunung Kinabalu dan hutan hijaunya yang belum terusik”, jelas ketua rombongan 5 orang pelancong dari  Ireland, Cik  Laura Desmond 29 ketika di temui semasa melawat ke Ranau Rabbit  Farm(RRF) terletak 6.3 kilometer dari pekan Ranau pada Ahad.

Hadir sama  melawat ke RRF ialah, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Dalam Bandar (JKDB) pekan Ranau, Tan Eng Sing.

Laura menyifatkan lawatan mereka yang julungkali ke Ranau dan Kundasang sebagai bertuah kerana selain berpeluang  berkunjung ke beberapa lokasi menarik malah berpeluang menemui berkenal mesra dengan penduduk  tempatan yang cukup mesra, peramah dan baik hati.

“Walaupun penduduk yang kami temui tidak pandai berbahasa Inggeris namun tidak menghalang untuk kami berinteraksi cukup mesra dan positif meskipun kami tidak faham dengan bahasa ibunda mereka.

” Hanya yang belum berapa baik yang kami lalui ialah, keadaan jalan raya yang berlubang-lubang, selekoh tajam dan sempit berbanding jalan raya di negara kami semuanya baik dengan aspal jalan yang cantik cuma alam sekitar di negara kami tidak sehijau dengan yang ada di Ranau.

“Gunung di tempat kami semuanya dilitupi ‘Ice’ sangat sejuk sekali dan tidak cantik”, tambah Laura sebelum meneruskan lawatan mereka ke daerah Sandakan pada sebelah petangnya.

Rombongan itu, berhasrat untuk datang semula ke Ranau dan Kundasang dengan cadangan mereka untuk mendaki Gunung Kinabalu.

            

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN