32 C
Kota Kinabalu
Jumaat, Mac 29, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kehadiran kanak-kanak jalanan dipercayai warga asing perlu perhatian serius

Kehadiran kanak-kanak jalanan di persimpangan lampu isyarat berhadapan sebuah pusat membeli-belah di Bandaraya Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU: Kehadiran kanak-kanak jalanan dipercayai warga asing tanpa dokumen disekitar Bandaraya Kota Kinabalu serta beberapa daerah lain di Pantai Timur Sabah perlu diberi perhatian serius pihak berkuasa.

Menegaskan perkara itu, Ketua Wiramuda Star Sabah, Kong Soon Choi berkata, sejak kebelakangan ini beliau sering mendengar keluhan pelbagai pihak mengenai kehadiran kanak-kanak jalanan dibeberapa lokasi sekitar Bandaraya Kota Kinabalu serta daerah-daerah Pantai Timur Sabah seperti Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Semporna yang menggangu keselesaan orang awam malah mencemarkan imej dan keindahan sesebuah kawasan.

“Saya sendiri melihat beberapa lokasi di Bandaraya Kota Kinabalu khasnya dikawasan Lampu Isyarat wujud kegiatan meminta sedekah dari kalangan kanak-kanak yang diragui taraf kewarganegaraannya. Namun kita percaya mereka bukan penduduk tempatan ataupun warganegara”. Tegasnya.

Kegiatan kanak-kanak jalanan di Pekan Lahad Datu

Beliau berkata, berikutan rungutan yang diterima, beliau telah membuat tinjauan di Bandaraya Kota Kinabalu dan beberapa daerah sekitar Pantai Timur dan mendapati memang wujud aktiviti tersebut yang perlu tindakan segera pihak berwajib.

Katanya, tindakan tegas perlu dilakukan bagi menjaga keindahan dan keselamatan kawasan tumpuan awam agar tidak mencacatkan pemandangan pelancong dari dalam dan luar negara yang sering melawat negeri Sabah.

“Kanak-kanak tersebut bukan sahaja berlegar-legar dikawasan tumpuan awam sambil meminta sedekah daripada pejalan kaki dan pemandu kenderaan,malah mereka juga tidak mengendahkan kebersihan dengan sewenang-wenangnya membuang sampah merata tempat”. Jelasnya dalam satu kenyataan media pada Ahad.

Dalam masa sama, Kong turut menambah bukan sahaja dikalangan kanak-kanak malah pada satu-satu masa terdapat juga golongan dewasa yang membawa bayi turut berada dikawasan awam sambil meminta sedekah dan ada diantara mereka menghidu gam.

Jelas beliau, pihak berkuasa tempatan dicadangkan untuk memperhebatkan operasi rondaan bagi membendung kegiatan itu daripada terus berleluasa kerana ia turut menggambarkan imej sesebuah bandaraya, bandar dan pekan di negeri Sabah yang menjadi destinasi utama pelancongan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN