26 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Februari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kedai ‘My Gadget’ Ranau beri manfaat kepada pelanggan tempatan.

SIMBOLIK……..Florencia memotong reben perasmian My Gadjet pekan Ranau diperhatikan Erwandie.

RANAU: Kewujudan Permis ‘My Gadget’ di pekan di sini, memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk membeli-belah  keperluan  peralatan dan membaiki Telefon Bimbit  dengan harga kilang.

Premis My Gadget yang terletak di tingkat bawah bangunan Pasar Lama Lot 3 pekan Ranau diusahakan, Erwandie Bin Awiss Juharin 28, anak kelahiran Kg.Debut Langsat Ranau, mempunyai pengalaman luas dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

Beliau ketika ditemui memberitahu, pihaknya sekarang ini juga sedang mengusahakan CEO kepada Zaler Sdn Bhd, berpengkalan di Kuala Lumpur termasuk Aesthetic Clinic, Restoran, Cafe dan My Gadget.

“Saya membuka kedai di pekan Ranau untuk memberi peluang kepada anak muda daerah ini supaya dapat pekerjaan selain memenuhi permintaan penduduk untuk membuka premis My Gagdet di daerah ini, sekali gus bersaing secara sihat dengan para peniaga bangsa lain”, jelasnya.

KENANGAN……..Erwandie dan para kakitangannya merakam gambar bersama Florencia.

Erwandie mengharapkan dengan kewujudan kedai My Gadget itu menjadi laluan membuka lebih banyak My Gadget di seluruh daerah di Sabah pada masa akan datang untuk memberi peluang lebih ramai belia menceburkan diri dalam bidang keusahawan.

Penolong Pegawai Daerah Ranau, Florencia Padasian dalam ucapan perasmiannya, memuji kesediaan Erwandie  menceburi  bidang perniagaan sambil mengharapkan usaha  itu menjadi satu contoh kepada para belia yang lain untuk maju berdikari.

“Erwandie menjadi ‘roll model’ kepada para belia yang lain untuk maju dengan usaha sendiri khususnya dalam bidang perniagaan”, jelas Florencia.

Turut diadakan sempena majlis itu ialah, cabutan nombor  pengunjung bertuah  diserikan dengan persembahan lagu-lagu
oleh para pengunjung menerusi Karaoke.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN