26 C
Kota Kinabalu
Rabu, Januari 15, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

Kebenaran berpolitik, jangan abaikan tugas hakiki sebagai penjawat awam: Robert

Robert (lima dari kanan)bergambar kenangan bersama rombongan Pengurusan Stesen Radio Keningaufm yang diketuai oleh Ivy Rudolf.

KENINGAU:Guru dan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang dibenarkan semula berpolitik diingatkan agar tidak mengabaikan tugas hakiki sebagai penjawat awam.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik @ Nordin berkata, walaupun ini merupakan berita gembira bagi golongan ini namun ia masih tertakluk dengan peraturan-peraturan semasa Perintah Perkhidmatan Awam.

“Pandangan peribadi saya ini memang baik untuk memberikan pernanan semua berpolitik tetapi sebagai kakitangan kerajaan ada juga dia punya had ada juga dia punya batas-batas” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat Pengurusan Stesen Radio Keningaufm di Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Bingkor di Pekan Baru Keningau di sini.

Robert (kiri)menerima cenderakenangan daripada Pengurus Public Bank Cawangan Keningau Melvin Tan.

Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran kepada semua guru sekolah di seluruh negara untuk berpolitik sebagai menghormati prinsip demokrasi iaitu hak seluruh rakyat untuk berpolitik.

Sementara itu, Datuk Robert yang juga wakil rakyat Bingkor berkata , peranan dan pewujudan Stesen Radio Keningaufm di sini adalah amat penting kerana  bukan sahaja memberikan hiburan semata-mata kepada  pendengar terdiri pelbagai lapisan masyarakat di Pedalaman atas akan tetapi medium menyampaikan pelbagai maklumat sahih dan tepat termasuk dasar-dasar kerajaan kepada rakyat.

Selain menerima kunjungan hormat Pengurusan Stesen Radio Keningaufm yang ketuai oleh pengurusnya Cik Ivy Rudolf, Robert turut menerima kunjungan hormat rombongan Public Bank Cawangan Keningau yang diketuai oleh Pengurus Cawangannya Melvin Tan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN