28 C
Kota Kinabalu
Selasa, Mac 10, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Kebakaran gudang kimia tiada unsur jenayah

GAMBAR: ISMAIDI (tengah) bersama anggotanya ketika melancarkan Program Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan 2022 di Bazar Ramadan, Labuan Walk pada Khamis

LABUAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Persekutuan Labuan, mengesahkan siasatan awal yang dijalankan oleh Bahagian Forensik tiada unsur jenayah ditemui    dalam kebakaran gudang kimia  di kawasan industrial Rancha-Rancha baru baru ini.

Bagaimanapun, Pengarahnya Ismaidi Ismail  menjelaskan siasatan masih dijalankan dengan mengambil sampel kimia  yang terbakar dan telah  dihantar ke makmal untuk mendapatkan punca sebenar  kebakaran itu.

“Pasukan Bomba  Bahagian Forensik telah membuat siasatan…setakat ini kita tidak menjumpai sebarang unsur-unsur jenayah yang menjadi punca kepada kebakaran.

“Namun siasatan masih dijalankan dan beberapa sampel bahan kebakaran telah kita hantar ke makmal untuk mendapatkan punca sebenar kebakaran” katanya ketika diminta mengulas mengenai kejadian kebakaran gudang penyimpanan kimia berbahaya di sebuah syarikat berkaitan minyak dan gas di kawasan industrial Rancha-Rancha, baru baru ini.

Terdahulu beliau ditemui pada Program Kempen Keselamatan Kebakaran Musim Perayaan  Tahun 2022 di Bazar Ramadan Labuan Walk, pada Khamis

Menurut Ismaidi, akibat dari kebakaran itu berlaku sedikit pencemaran  menyebabkan sebuah sekolah yang berdekatan dengan tempat kejadian ditutup sehari selepas mendapati beberapa murid di sekolah itu mengalami pedih mata dan muntah muntah.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kepada pemain-pemain industri yang terlibat dalam penyimpanan bahan kimia berbahaya  ini supaya mempastikan keselamatan kebakaran sentiasa ditahap yang tinggi.

“Ini kerana kesan daripada kebakaran bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada pemilik bangunan  penyimpanan kimia tetapi juga memberi kesan yang negatif kepada pekerja dan juga masyarakat di sekelingnya.” katanya.

Pada Ahad, sebuah gudang penyimpanan bahan kimia berbahaya di Kampung Rancha-Rancha musnah dalam satu kebakaran sehingga menyebabkan asap tebal kelihatan dari jarak 10 kilometer.

Kebakaran yang berlaku sekitar jam 2.30 petang itu turut mencemaskan penduduk kampung berhampiran apabila terdengar letupan kuat ketika asap memenuhi awan di kawasan tersebut.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN