25 C
Kota Kinabalu
Khamis, Mac 12, 2026
ADVERTISEMENTspot_img

Kebajikan veteran TLDM (PVTLDM) terus diberi perhatian

Sumbangan diberi dan diterima oleh mereka yang terlibat dalam acara itu

KENINGAU: Kebajikan veteran terus diberi perhatian apabila Ahli Parlimen Keningau, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan, menyalurkan sumbangan bakul makanan kepada ahli Persatuan Veteran TLDM (PVTLDM) Cawangan Sabah, khususnya di Wilayah Pedalaman.


Yang Dipertua PVTLDM Cawangan Sabah, Amir Abdullah Abdul Makbul, berkata sumbangan itu amat bermakna dalam membantu meringankan beban kehidupan seharian para veteran, selain membuktikan bahawa kebajikan bekas perajurit sentiasa diberi perhatian dan dihargai.


Menurut beliau, keprihatinan dan sokongan berterusan daripada Dr Jeffrey bukan sahaja memberi manfaat dari segi fizikal, malah menyuntik semangat serta mengukuhkan rasa dihargai dalam kalangan ahli persatuan.


“Ini membuktikan bahawa jasa dan pengorbanan veteran tidak pernah dilupakan. Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sumbangan yang diberikan,” katanya dalam satu kenyataan.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi PVTLDM Cawangan Sabah Wilayah Pedalaman, Amran Radin, atas usaha menyelaras bantuan kepada ahli-ahli di kawasan pedalaman.


Sumbangan tersebut dilihat sebagai manifestasi solidariti berterusan antara kepimpinan dan komuniti veteran, memastikan mereka yang pernah berbakti menjaga perairan negara terus disantuni dan dibela kebajikannya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN