ADVERTISEMENTspot_img

Keadilan perlu dilaksanakan secara saksama: Japiril

Japiril

RANAU: Aktivis sosial, Datuk Japiril Suhaimin menegaskan bahawa prinsip keadilan tidak seharusnya hanya memihak kepada individu berstatus, sebaliknya perlu dilaksanakan secara telus dan sama rata tanpa mengira latar belakang.

Beliau yang juga bekas Pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) berkata, terdapat ketidakseimbangan dalam pengendalian beberapa kes melibatkan remaja bawah umur, termasuk kes membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

“Dalam kes itu, tertuduh dibawa dengan kereta polis bercermin gelap, masuk melalui pintu belakang mahkamah dan dilindungi sepenuhnya atas alasan Akta Kanak-Kanak

“Namun dalam kes pelajar vokasional dari Lahad Datu yang dituduh membunuh, mereka yang juga bawah umur dibawa dengan lori polis, berpakaian tahanan dan dipaparkan secara terbuka

“Di mana konsistensi pelaksanaan undang-undang? Di mana prinsip keadilan saksama yang dijamin Perlembagaan serta dijulang oleh SUHAKAM?” katanya kepada Borneo Daily Bulletin, hari ini.

Japiril menegaskan, jika benar semua tertuduh bukan daripada keluarga berpengaruh, maka proses perundangan perlu dilaksanakan secara adil serta telus, tanpa sebarang bentuk keistimewaan.

“Keadilan yang selektif bukanlah keadilan, sebaliknya merupakan penghinaan terhadap sistem perundangan negara

“Pihak berkuasa dan media perlu bertanggungjawab memastikan hak asasi setiap individu dihormati tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Menurut beliau, negara tidak memerlukan undang-undang yang berat sebelah, sebaliknya keberanian semua pihak dalam menegakkan kebenaran dan keadilan.







ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN