ADVERTISEMENTspot_img

Guru Taska Perpaduan menerima hadiah daripada Mohamad Azhan sambil disaksikan Jessica (kiri sekali)

Guru Taska Perpaduan menerima hadiah daripada Mohamad Azhan sambil disaksikan Jessica (kiri sekali)

LABUAN: Taska Perpaduan Wilayah Persekutuan Labuan melakar kejayaan membanggakan apabila muncul johan Kategori Taska Perpaduan pada Konvensyen Inovasi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 2026 yang berlangsung di Ancasa Port Dickson Negeri Sembilan baru baru ini.

Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Wilayah Persekutuan Labuan, Jessica Basat berkata, kejayaan itu membuktikan komitmen serta kreativiti warga Taska Perpaduan Labuan dalam menghasilkan inovasi berkualiti bagi menyokong perkembangan kanak-kanak.

Beliau berkata, kejayaan itu sekaligus menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam perkukuh budaya inovasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak di Labuan.

“Sekalung tahniah dan syabas kepada Taska Perpaduan Wilayah Persekutuan Labuan atas kejayaan merangkul johan bagi Kategori Taska Perpaduan dalam Pertandingan Inovasi ini”

“,Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menghasilkan inovasi yang kreatif, berkualiti dan memberi manfaat kepada perkembangan kanak-kanak serta komuniti”, katanya dalam satu hantaran menerusi akaun media sosial Facebook rasmi JPNIN Labuan.

Jessica juga turut memberi pujian
kepada wakil Tabika Perpaduan Wilayah Persekutuan Labuan atas keberanian, komitmen dan kesungguhan menyahut cabaran untuk menyeryai pertandingan tersebut.

“Walaupun belum berjaya meraih kemenangan, pengalaman dan usaha yang dicurahkan merupakan satu pencapaian yang amat bermakna”,ujarnya.

Konvensyen tersebut dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Mohamad Azhan Md. Amir.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN