Roti yang dikesan tanpa penandaan harga.
LABUAN: Seorang pengusaha Bakeri di sini dikenakan kompauan pada Sabtu selepas didapat gagal mampamerkan penandaan harga jualan oleh Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan.
Pengarahnya, Junaidah Arbain dalam satu kenyataan berkata, tindakan itu diambil susulan aduan pengguna selepas pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai penguatkuasa mendapati pelbagai jenis roti yang dipamerkan di rak jualan tidak mempunyai tanda harga jualan tunai yang jelas.
Beliau berkata, pengusaha tersebut jelas telah melakukan kesalahan melanggar Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga bagi Barangan dan Caj bagi Perkhidmatan) 2020, di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Katanya, individu yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda sehingha RM50,000 manakala bagi pertubuhan boleh dikenakan denda sehingga RM100,000.
“Pematuhan peraturan penandaan harga penting bagi memastikan pengguna mendapat maklumat harga yang jelas dan telus sebelum membuat pembelian”, katanya.
Beliau turut menggalakkan orang ramai untuk menyalurkan aduan melalui saluran rasmi KPDN melalui portal E-eaduan https://eaduan kpdn. gov.my atau https: www wasap.my/ +60198488000/Aduan+Pengguna
bagi membantu memperkukuh penguatkuasaan dan melindungi hak pengguna.



