JEROME MIJIN
LABUAN: Persatuan Kebudayaan Kadzan Dusun (KDCA) Bahagian Labuan dan Dewan Perniagaan Kadazandusun Labuan menyokong penuh pelantikan Datuk Seri Panglima Anifah Aman sebagai Senator bagi menjaga hal ehwal Wilayah Persekutuan Labuan.
Pengerusi KDCA, Jerome Miji dan Pengerusi KCCI, Paul Ipoh Leokin menyifatkan pelantikan Anifah yang juga Penasihat Perhubungan Antarabangsa Ketua MenteriĀ Sabah mampuĀ menjaga hal ehwal Labuan.
IPOH PAUL LOEKIN
ā Walaupun beliau bukan anak jati Labuan, namun kami yakin beliau mampu membawa perubahan kepada Labuan, sepertimana yang dilakukan oleh mantan Senator sebelum iniā kata mereka dalam satu kenyataan bersama di sini, kelmarin
Menurut mereka, pelantikan Anifah oleh Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memastikan Labuan terus membangun dalam pelbagai aspek termasuk bidang industri selain dapat meningkatkan taraf ekonomi, sosial dan kebudayaan masyarakat Labuan.
āKami juga yakin Anifah mampu membawa pelabur asing ke Labuan yang sekaligus dapat memberi peluang pekerjaan yang memberi manfaat kepada warga tempatanā katanya mereka.