24 C
Kota Kinabalu
Rabu, April 23, 2025
ADVERTISEMENTspot_img

KBS rancang Labuan dipilih salah satu lokasi penganjuran Program Kemuncak ASEAN untuk Belia 2025

MESRA… Hannah (tengah) bersama Kepimpinan NGO Belia Labuan yang hadir pada majlis tersebut.

LABUAN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) merancang dan mempertimbangkan Labuan bakal dipilih sebagai salah satu lokasi penganjuran Program Kemuncak ASEAN untuk belia yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Menteri Belia Dan Sukan, Hannah Yeo berkata, Malaysia telah dipilih untuk menjadi tuan rumah penganjuran Kemuncak Persidangan ASEAN 2025.

Justeru itu katanya, setiap Kementerian diminta untuk merangka program masing masing yang melibatkan pelbagai lokasi di seluruh negara.

Berikutan itu katanya, KBS telah merancang untuk menjadikan Labuan sebagai salah satu destinasi program tersebut.

“KBS sedang merancang dan mempertimbangkan Labuan sebagai salah satu lokasi daripada penganjuran program ASEAN untuk belia dibawah KBS” katanya kepada media selepas melancarkan Sukan Perpaduan Wilayah Persekutuan Labuan 2024 dan Sesi Libat Urus NGO Belia Bersama Menteri KBS yang diadakan di salah sebuah resturan terkemuka di sini semalam.

Jelas Hannah, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan memperhalusi semua topik dan cadangan dengan mempastikan Labuan sebagai salah satu lokasi pilihan KBS.

Selain itu katanya, KBS juga sedang dalam usaha menjadikan Labuan sebagai tuan rumah penganjuran Ekspo Sukan Belia yang dijadual akan diadakan pada tahun depan.

Dalam waktu yang sama, Hannah menyeru Persatuan Sukan dan Belia meemohon peruntukan dana dan geran padanan sukan dan dana Sukan Komuniti.

“Kita ingin peruntukan berkenaan tidak hanya tertumpu di Semenanjung Malaysia sahaja, sebaliknya ia juga dapat dianfaatkan oleh NGO Belia dari Sabah, Sarawak dan Labuan” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek dan Pengarah JBS Labuan, Mahanum Fauzi.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN