30 C
Kota Kinabalu
Sabtu, Julai 20, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kawasan dilanda banjir di Nabawan dapat perhatian

Peter (dua dari depan)bersama rombongan semasa melawat Kampung Nangkawangan

Oleh:MARUTIN ANSIUNG

NABAWAN:Pegawai Daerah Nabawan Peter Jonu Moinjil bersama kakitangan Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Masyarakat (UPPM) Nabawan dan kakitangan Pejabat ADUN Nabawan turun padang melawat Kampung Nangkawangan dan Kampung Layon yang dilanda banjir baru-baru ini.

Lawatan pada Khamis lepas itu turut disertai oleh Penolong Jurutera ICU Abidin dan Irfan bertujuan mengenal pasti beberapa masalah seperti kerosakan jalan dan beberapa jambatan laluan kenderaan termasuk jambatan gantung dihanyutkan arus deras.

Peter yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Alam Daerah berkata, beliau dan rombongan turut melawat lokasi tular di media sosial di mana terdapat murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK)Nangkawangan menggunakan Zipline dan rakit menyeberangi sungai.

“Kami juga telah melawat pembinaan jambatan kayu di Kampung Layon menyeberangi sungai Talangkai yang kini dalam proses pembinaan dan akan siap tidak lama lagi” katanya kepada wakil Borneo Daily Bulletin di sini hari ini.

Katanya, jambatan itu dibina bagi mengganti jambatan yang dihanyutkan banjir.

“Lawatan itu juga bagi memastikan anggaran kos bertepatan supaya apabila peruntukan diturunkan nanti ia mencukupi untuk menampung segala keperluan kos pembinaan jambatan baharu bagi mengganti jambatan-jambatan rosak yang telah dipohon” jelasnya.

Peter memberitahu, rombongan beliau bukan sahaja di Kampung Nangkawangan dan Kampun Layon tetapi juga di beberapa lokasi yang lain dengan tujuan yang sama untuk membuat penelitian dan penilaian terhadap kos sebenar yang diperlukan supaya apabila peruntukan yang diturunkan adalah mencukupi bagi mempastikan kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Pada masa sama Pegawai Daerah Nabawan itu turut mensihatkan penduduk agar tidak membiarkan anak-anak mereka menggunakan rakit bersendirian dan menggunakan Zipline kerana keselamatan mereka tidak terjamin.

Sementara itu, penduduk di sana memaklumkan bahawa zipline itu adalah digunakan untuk mengangkut barangan sahaja dan tidak sesuai digunakan untuk manusia kerana ciri-ciri keselamatannya yang tidak kukuh.

Walau bagaimanapun penggunaan perahu atau sampan adalah digalakkan untuk menjamin keselamatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN