YB Datuk Robert Tawik
KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor, Datuk Robert Tawik akan mempastikan kawasannya terus menikmati pembangunan yang lebih rancak menjelang tahun baharu 2024.
Dalam Perutusan Tahun Baru 2024 beliau berkata, perlaksanaan pembangunan infrastruktur dan sosial yang dilakukannya sepanjang tahun 2023 masih perlu ditambah baik dan bukan tiket untuk mendabik dada.
“Mengimbas kembali pencapaian kawasan Dewan Undangan Negeri N.40 Bingkor sepanjang tahun 2023, saya selaku Wakil Rakyat kawasan ini tidak mahu mendabik dada dengan apa yang telah dilaksanakan. Masih banyak yang perlu ditambah baik”, katanya.
Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya Negeri Sabah menjelaskan, slogan “Bingkor Membangun Bersama Rakyat” akan terus dipertahankan bagi mempastikan kawasan itu benar-benar memiliki landskap kemajuan sebenar.
Tambahnya, rakyat juga perlu saling berkerjasama dan menyokong dasar-dasar kerajaan sama ada diperingkat negeri mahupun pusat.
“Saya turut berharap agar rakyat kawasan N.40 Bingkor juga saling berkerjasama dan menyokong dasar-dasar kerajaan sama ada di peringkat Negeri Sabah mahupun Persekutuan agar segala perancangan kerajaan akan terlaksana dengan berkesan dan lancar”. Jelasnya.
Dalam pada itu, beliau juga mengingatkan rakyat perlu sentiasa bersiap sedia menghadapi cabaran baru di tahun 2024 serta menjadikan pengalaman berhadapan dengan wabak Covid-19 sebelum ini sebagai pengajaran.
“Pengalaman berhadapan dengan wabak penyakit Covid-19 sebelum ini perlu dijadikan pengajaran agar sentiasa bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan cabaran baru yang menjejaskan kehidupan harian”, tegasnya.
Justeru, beliau juga komited untuk terus membela rakyat dikawasan itu termasuk mendepani cabaran baru agar kesemua masyarakat dikawasan Dun Bingkor dapat hidup dengan selesa dan harmoni.