Aspalila menunjukkan sebahagian kenderaan yang disita
LABUAN: Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan Labuan, menyita 15 buah kenderaan pelbagai jenama bernilai lebih RM2.8 juta termasuk cukai.
Turut di sita dalam Operasi Radu yang dijalankan 23 Oktober hingga 15 November 2024 di tanah Besar Sabah ialah dua buah kereta mewah jenama Ferari GTB599 dan Mercedes Benz GLA250.
Jenama kereta lain yang berjaya di sita dalam Operasi Radu Siri 4 itu antaranya, Toyota Prado, Toyota Camry, Toyota Fortuner, Toyota Rush dan Toyota Land Cruiser Prado.
Pengarah JKDM Wilayah Persekutuan Labuan, Aspalila Awang Tuah berkata, pasukan operasi yang melaksanakan beberapa siri operasi bertujuan untuk memburu pemilik kenderaan yang melanggar syarat di bawah butiran 14, Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017
“Berdasarkan Butiran 14, kenderaan yang di beli di pulau bebas cukai (PBU) dibenarkan masuk ke kawasan utama Kastam (KUK) tidak lebih 90 hari setahun.

Aspalila menunjukkan sejumlah minuman keras yang berjaya dirampas oleh Penguatkuasa Kastam.
“Semua kenderaan yang disita untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967” katanya dalam satu sidang media, pagi kelmarin.
Aspalila berkata, sehingga hari ini Kastam Labuan yang turut dibantu oleh Kastam Sabah telah berjaya menyita sebanyak 67 kenderaan bernilai RM 7.6 juta termasuk cukai.
Dalam kes berasingan Kastam Labuan juga berjaya merampas pelbagai jenis minuman keras tidak bercukai yang dipercayai Cuba diseludup ke tanah besar Sabah.
Turut dirampas dalam serbuan di pesisir pantai Lubok Temiang itu ialah bot fiber dan injen sangkut yang kesemuanya bernilai RM170,000.
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1), Akta Kastam 1967.