30 C
Kota Kinabalu
Jumaat, April 19, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kastam Labuan  patahkan cubaan seludup minuman keras

GAMBAR:.SITA…  Aspalila (kiri) bersama pengawai penguatkuasa JKDM Labuan menunjukkan minuman keras yang cuba di seludup ke tanah besar Sabah baru baru ini

LABUAN: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)  Wilayah Persekutuan Labuan merampas minuman keras seludup  bernilai RM77,76.00 termasuk cukai  di Terminal Feri Kenderaan dekat sini, baru baru ini.

Pengarah JKDM   Wilayah Persekutuan Labuan, Aspalila Ag. Tuah berkata minuman keras yang cuba diseludup keluar itu ditemukan dalam sebuah lori melalui pemeriksaan yang dilakukan oleh pegawai penguatkuasaan   JDKM yang bertugas di terminal Feri kenderaan dekat sini pada 15 Januari lalu.

“Berdasarkan pemeriksaan ke atas Borang Kastam 3, lori berkenaan mengikrarkan muatan sebagai waste paper,  bagaimanapun hasil pemeriksaan lanjut  ditemukan sebanyak 540 karton   minuman keras yang disembuyikan  di dalam waste paper  dipercayai untuk diseludup ke tanah besar Sabah (Kota Kinabalu)” katanya dalam satu kenyataan media di sini, kelmarin.

Beliau berkata nilai dagangan  kes minuman keras yang hendak diseludup itu dianggarkan  berjumlah  RM77,760.00 dengan anggaran nilai  duti/cukai berjumlah RM65,426.00.

Aspalila berkata, lori bersama barang kes telah disita, manakala pemandu lori berkenaan  di tahan  untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

Beliau berkata,  jika sabit kesalahan  individu berkenaan  boleh dikenakan denda tidak kurang daripada 10 kali ganda jumlah duti kastam atau RM500,000 mengikut mana mana jumlah duti kastam yang lebih besar atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua duanya sekali.

Aspalila berkata, JKDM Labuan sentiasa komited dalam menangani isu dan permasalahan yang melibatkan penyeludupan rokok dan minuman keras di pulau ini.

“Kejayaan JKDM Labuan  melakukan tangkapan penyeludupan minuman keras baru baru ini di Terminal Feri Kenderaan membuktikan komitmen jabatan dalam membendung aktiviti penyeludupan  yang bukan saja  merugikan kerajaan daripada hasil duti, malah  boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN