ADVERTISEMENTspot_img

Karnival STEM beri info penting kepada pelajar dan ibu bapa

OLEH SALWAH ARAMAT
Admin: Johnny Gampawi.

KUNDASANG :  Program Karnival Science, Technologi, Engineering dan Mathmatics (STEM) dan perasmian Taman Eko Sains  di SK. Kundasang, beri input baharu kepada orang ramai khususnya golongan pelajar  sekolah mengenai perkembangan dan  penerokaan bidang STEM yang amat penting dalam kehidupan masa depan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd.Shafie  Bin Haji Apdal dalam teks ucapanya  yang disampaikan, Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Mohammad Bin  Mohamarin berkata, program itu menjadi salah satu platform terbaik memberi pendedahan dan mempromosi STEM bukan sahaja kepada generasi muda khususnya pelajar malah, kepada komuniti setempat secara keseluruhannya.

Menurutnya, usaha seumpama itu sangat signifikan dengan hasrat kerajaan untuk mencapai status negara maju menjelang 2020 dengan meletakkan Sains dan Teknologi sebagai teras penting melalui perancangan dan pembangunan sosio ekonomi berteraskan teknologi strategik dan budaya ilmu yang perlu dimulakan dengan memajukan budaya Sains dan teknologi ke arah mempastikan ekonomi perindustrian moden tercapai.

Shafie menjelaskan, seawal 1967, Jawatankuasa Perancangan Pelajaran Tinggi telah menetapkan peralihan nisbah unjuran enrolmen pelajar dalam bidang Sains (teknikal) kepada sastera beransur-ansur mulai 1970 dengan sasaran nisbah 60 peratus pelajar Sains dan 40 peratus dalam sastera mulai 1980 iaitu enrolmen  sama ada di peringkat pendidikan menengah atas dan peringkat tinggi perlu mengikut nisbah 60 peratus dalam Sains dan teknikal dan 40 peratus dalam bidang sastera.

Pada masa kini katanya, inisiatif Kementerian Pendidikan berterusan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah dan sedang melaksanakan pelbagai strategi pengukuhan bagi STEM dalam usaha melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang  STEM untuk kepentingan negara.
“Inisiatif pengukuhan STEM merupakan satu daripada langkah utama dalam PPPM 2013-2025 dan mengambil kira Laporan Startegi Mencapai Dasar 60: 40 iaitu Aliran Sains (Teknikal).

“Tidak dapat dinafikan senario dunia masa kini memperlihatkan perubahan drastik di mana semua kehidupan mengalami perubahan dan perlu diadaptasi dengan tuntutan dunia semasa termasuk bidang pendidikan teknologi dan kerjaya, justeru program seperti yang dilaksanakan hari ini bakal memberi pendedahan terhadap kepentingan STEM kepada murid-murid dan komuniti untuk memberi kesedaran bahawa dunia kian mengalami perubahan yang perlu diurus dengan menyesuaikan diri secara tuntas”, jelas Datuk Shafie.

Beliau mengajak semua bertanggungjawab bagi memastikan generasi hadapan benar-benar bersedia memasuki fasa Revolusi Perindustrian 4.0 dengan menyediakan acuan pendidikan yang sesuai serta memupuk bentuk dan budaya pemikiran yang relevan selaras dengan tuntutan semasa arus zaman.
Menurutnya, pelbagai inisiatif termasuklah Pedagogi Abad Ke-21 (PAK21), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) serta perubahan Kurikulum kepada bentuk Modular merupakan antara usaha melahirkan modal insan yang benar-benar bersedia daripada segi tahap kompetensi, daya saing, corak pemikiran,  sikap positif dan pengamalan nilai manusiawi apabila mereka berada pada peringkat memilih bidang kerjaya kelak.

“Saya  merakam penghargaan, syabas dan tahniah kepada Pusat Sains Negara (PSN), para pemimpin dan warga Pendidikan di pelbagai peringkat sama ada Jabatan Pendidikan negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah Ranau, Jabatan dan agensi terlibat, syarikat perniagaan (NGO), Jawatankuasa penganjur, warga SK. Kundasang,  para ibu bapa (PIBG) Komuniti setempat dalam usaha bersepadu  serta komitmen tinggi menjayakan program ini. Saya mengharapkan agar jalinan kerjasama seumpama ini akan berterusan pada masa akan datang”, tambahnya.

Berucap sama ialah, Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Siti Hamni Binti Hashim dan Pengarah PSN, Mismah Binti Jimbun sementara turut hadir ialah, Pegawai Daerah Ranau, Mohd Yasin Bin Ibrahim, para Penolong Pegawai Daerah Ranau, para Pengetua, Guru-Guru Besar, guru-guru bersama ribuan ibu bapa serta pelajar sekolah.

Turut diadakan sempena karnival dua hari itu (8-9 Oktober) ialah pelbagai sudut pameran oleh agensi kerajaan, swasta dan sekolah diserikan dengan  persembahan oleh guru-guru SK. Kundasang.

Sebahagian pelajar sekolah memanfaatkan pameran yang diadakan.
GURU INOVATIF STEM 2019
Cikgu Hallsen Justin dari SK. Kirokot Ranau
CANGGIH.
Mohammad mencuba peralatan sains yang dipamerkan sempena karnival tersebut
Pelajar Prasekolah dari SK. Pekan Dua, turut mencuba peralatan canggih yang dipamerkan
MENYERIKAN KARNIVAL
Persembahan koir daripada guru-guru wanita SK. Kundasang
Pelajar Tahun 3 SK. Kundasang merakam gambar bersama guru Jurulatih mereka, Beatrice Stephen yang mengadakan persembbahan tarian sempena karnival STEM
ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN