Oleh: Boy Bairi
RANAU: Karnival Bulan Sukan Ranau 2019, bakal berlangsung pada 1 Disember depan, bertempat di Padang Pekan dan Dewan Arena Belia Ranau.
Ketua ARMADA Bersatu Ranau, Rosdi Haji Abd Ghani ketika dihubungi Borneo Buletin berkata, karnival berkenaan merupakan anjuran ARMADA Bersatu Ranau dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.
Katanya, pelbagai acara dan pengisian menarik bakal menanti pengunjung sepanjang karnival itu, yang bermula seawal jam 7 pagi.
Menurutnya, antara acara dan pengisian yang dibuka kepada orang ramai ialah, Tarian Zumba, Larian Amal, Pingpong, Bola jaring dan Street soccer.
“Permainan Mobile legend, Beyblade, Remote Control 4×4, Pertandingan Mewarna, Gerai Jualan dan Gerai pameran serta Cabutan Tiket Bertuah, turut diadakan.
“Hadiah wang tunai dan pelbagai hadiah iringan disediakan untuk semua acara sukan yang dipertandingkan,” katanya.
Menurut Rosdi, Karnival tersebut dijangka akan dirasmikan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kira-kira 9.30 pagi.
“Ketua Penaja Pimpinaan Bersatu Ranau, merangkap ADUN Karanaan, Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun, juga akan hadir dan sama-sama menjayakan karnival itu nanti,”