ADVERTISEMENTspot_img

Karatekas SKA raih 4e, 5p, 3g pada Piala Shureido.

MEMBANGGAKAN.. Skuad karate Sabah meraih empat emas, lima perak dan tiga gangsa untuk menduduki tempat kedua keseluruhan pada Kejohanan Karate Terbuka Piala Shureido Ke-5 2026 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Oleh: Vitalis G. Bingkasan

KOTA KINABALU: Karatekas muda Sabah meraih pencapaian membanggakan dengan membawa balik empat pingat emas, lima perak dan tiga gangsa pada Kejohanan Karate Terbuka Piala Shureido Ke-5 2026 di Kuala Lumpur.

Pencapaian itu menyaksikan Sabah menduduki tempat kedua keseluruhan dari sekitar 30 pasukan yang bertanding pada kejohanan  di Dewan Serbaguna PT 80, Kuala Lumpur pada 3-5 Julai 2026 berkenaan.

Setiausaha Agung Persatuan Karate Sabah (SKA), Julian Chin berkata,  ia adalah pencapaian yang memuaskan terutama mereka tiada menetapkan sebarang sasaran.

Bagaimanapun, Julian  mengingatkan bahawa masih ada ruang untuk penambahbaikan dan menggesa karatekas menggunakan pengalaman yang diperoleh untuk terus meningkatkan prestasi.

Pemenang pingat emas Sabah ialah Nur Ain Humairah Abdul Rahman, Danish Rayyan Rajis, Muhammad Syahzrullah Halim dan Al Zovainz Zurizal.

Danish turut menambah satu pingat perak manakala pingat perak lain dimenangi Christabelle Odelia Tom Lujain, Oxlade Macriel Marcel, Ivy Catrinaz Zurizal dan Rose Dayana Mohammad Hamli.

Pemenang pingat gangsa pula ialah Eve Starnasia Manuel, Johnny Junior dan Hezrond Ankes Hasland.

SKA diwakili 17 orang karatekas yang terdiri dari 10 lelaki dan tujuh wanita pada kejohanan itu.

Untuk rekod, Persatuan Karate Negeri Kedah muncul juara keseluruhan selepas memenangi lima emas, tiga perak dan sembilan gangsa.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu dengan empat emas, empat perak dan empat gangsa.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN