ADVERTISEMENTspot_img

Kapitan Anthony Chong Seru Perpaduan Diperkukuh Sempena Tahun Baharu Cina 2026

Gong Xi Fa Cai. Xin Nian Kuai Le.

KENINGAU: Ketua Masyarakat Cina (KMC) Keningau, Kapitan Anthony Chong Kong Ming menyeru seluruh masyarakat agar menjadikan sambutan Tahun Baharu Cina 2026 sebagai titik memperbaharui tekad, memperkukuh perpaduan dan memperkasa kerjasama antara kaum.

Dalam perutusan rasminya, beliau yang juga Presiden Persatuan Hakka Keningau serta Pengerusi Persatuan Keluarga Chong Sabah Cawangan Keningau menegaskan bahawa perayaan ini bukan sekadar tradisi tahunan, sebaliknya medan muhasabah dan penyatuan komuniti.

Katanya, komuniti Tionghoa di Keningau sejak sekian lama menjadi sebahagian daripada nadi pembangunan daerah, berganding bahu dengan masyarakat pelbagai kaum dalam bidang ekonomi, sosial dan kebajikan.

“Tahun baharu membawa makna memperbaharui azam, mengukuhkan hubungan kekeluargaan serta menyalakan kembali semangat kerjasama demi kemajuan bersama,” katanya.

Beliau turut menyeru agar masyarakat terus memupuk nilai saling menghormati, memperkasa ekonomi komuniti dan membimbing generasi muda supaya keharmonian yang dikecapi hari ini terus terpelihara.

Kapitan Anthony merakamkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat, dengan harapan agar tahun ini membawa kesejahteraan, kesihatan dan kemakmuran berpanjangan kepada semua.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN