31 C
Kota Kinabalu
Ahad, Julai 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kanak-Kanak lemas dipercayai terjatuh dalam kolam

MALAG TIDAK BERBAU....Kolam tempat mangsa dilaporkan lemas selepas terjatuh ketika bermain bersama abangnya.

LABUAN: Seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam sebuah kolam di Kampung Layang-Layang di sini, petang Rabu.

Ketua Polis Labuan, Superitendan Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu daripada Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan kira-kira jam 5.35 petang.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, mangsa yang dikenali sebagai Mohammad Nazrullah Hazizul Fahmi 8 tahun bersama abangnya 10 tahun telah mengikuti neneknya untuk mengusahakan kebun di kampung berkenaan.

Namun tidak lama kemudian nenek mangsa telah dikejutkan dengan jeritan abang mangsa meminta tolong dari dalam kolam dan memberitahu adiknya telah tenggelam.

“Abang mangsa berjaya diselamatkan oleh neneknya, manakala mangsa yang tenggelam dalam kolam itu berjaya ditemui oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan yang dihubungi selepas kejadian” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Muhamad Farid berkata, mangsa telah dihantar ke hospital Labuan untuk mendapatkan rawatan, namun telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Beliau menjelaskan mangsa bersama abangnya dipercayai sedang bermain sebelum terjatuh ke dalam kolam dan kes disiasat sebagai mati mengejut dan tiada unsur jenayah.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN