ADVERTISEMENTspot_img

Kanak-kanak cedera, 7 selamat dalam kemalangan j’raya


RANAU: Seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan manakala tujuh mangsa lain terselamat ekoran kemalangan jalanraya yang melibatkan dua buah kenderaan dekat sini pada hari Sabtu.


Ketua Balai BBP Ranau, PPgB Ridwan Bin Mohd Taib berkata, kejadian itu berlaku di Kilometer 26 Jalan Ranau-Telupid berhampiran Kg. Nalapak Ranau pada jam 3.50 petang.


“Panggilan diterima pada jam 3.56pm melalui Talian Balai tentang kejadian ini lalu sekumpulan anggota seramai 7 orang diketuai Komander Operasi, PBK II Wasli Bin Saupin dikejarkan ke lokasi.


“Setiba di tempat kejadian sejauh 26 kilometer dari balai itu, kita mendapati berlaku satu kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Toyota Veloz dan Mitsubshi Triton terbabas ke dalam longkang.


“Terdapat seorang mangsa perempuan berumur 12 tahun mengalami kecederaan manakala tujuh orang mangsa lain tidak mengalami sebarang kecederaan.,” katanya.


Menurut Ridwan, pasukan Bomba bertindak menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada lagi bahaya lain di Lokasi seterusnya menghantar mangsa cedera ke Hospital menggunakan EMRS.


“Punca berlakunya kemalangan ini masih dalam siasatan. Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada jam 4.42 petang,” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN