26 C
Kota Kinabalu
Selasa, September 26, 2023
ADVERTISEMENTspot_img

Kanak kanak 3 tahun antara 9 pendaki yang diselamatkan  ketika  sesat mendaki Marinding Trail

DISELAMATKAN…. Kanak-kanak 3 tahun yang ditemui dalam kedaan kesejukan.

LABUAN: Kanak-kanak berusia 3 tahun antara 9 pendaki yang berjaya diselamatkan oleh anggota bomba dan penyelamat selepas  tersesat  ketika  mendaki Bukit Marinding Trail disini, lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 6.34 petang itu,  9 pendaki berkenaan  dilaporkan  tersesat lebih  satu jam  apabila gagal mengesan jalan untuk turun semula.

Menurut  Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Labuan (JBPM),  kesemua mangsa  yang berusia  3 hingga 36 tahun itu telah melakukan aktivi mendaki bukit Marinding Trail sekitar jam 5 petang.

Mereka yang tersesat itu masing masing membabitkan  enam kanak kanak, dua orang lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa yang berusia antara 3 hingga  36 tahun.

SESAT… sebahagian pendaki yang ditemui dalam kejadian sesat di Bukit Marinding Trail, pada petang kelmarin

“Menyedari  selepas lebih satu jam gagal menemui jalan untuk turun, salah seorang daripada mangsa telah berjaya mengubungi bomba  kira-kira jam 6.34 petang untuk mendapatkan bantuan.

Bertindak atas maklumat tersebut, lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Layangan bergegas ketempat kejadian   untuk menjalankan operasi  mencari dan menyelamat (SAR).

Kesemua mangsa yang dalam kesejukan akibat hujan lebat  berjaya ditemui dan diselamatkan  sebelum di bawa turun kira-kira dua jam selepas kejadian.

Bagaimanapun  salah seorang daripada mangsa mengalami kecederaan  di bahagian kaki  dan terpaksa dibawa turun menggunakan pengusung (stracer).

Mangsa seterusnya di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN