34 C
Kota Kinabalu
Ahad, April 14, 2024
ADVERTISEMENTspot_img

Kampung Taviu, Kopuron dilanda banjir

Beginilah keadaan banjir di Kampung Taviu.

TELUPID : Kampung Taviu dan kampung Kopuron dilanda banjir berikutan hujan lebat yang berterusan sejak malam Ahad sehingga pagi Isnin.

Selain kejadian banjir, turut berlaku adalah kejadian tanah runtuh antara jalanraya Telupid – Ranau yang menyukarkan pergerakan membabitkan kira-kira 1000 penduduk di kampung yang terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg Kopuron George Munsang 49, berkata, keadaan jalan tidak boleh dilalui di Bukit Taviu manakala lapan buah rumah dimasuki air bah di Kampung Kopuron dan beberapa rumah lagi di Kampung Taviu termasuk bangunan gereja SIB Taviu.

Katanya, kejadian banjir itu membabitkan sungai Minasulak, Sungai Meririkut dan Sungai Taviu kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Kopuron dan beberapa buah rumah dimasuki air.

“Banjir itu menyebabkan beberapa kerosakan harta benda dan kehilangan barangan yang diletakkan di luar rumah kerana dihanyutkan arus deras yang berlaku kira- kira pada jam 4.00 pagi” jelasnya.

“Selain kawasan rumah penduduk, premis kedai runcit, kawasan pintu masuk ke SK Kopuron, Kantin Sekolah, bangunan Prasekolah dan parit-parit serta kolam sekolah dan penduduk turut terjejas dan dimasuki air” katanya, ketika ditemui media.

Sementara di Kampung Taviu turut ditenggelami air melibatkan kawasan rumah penduduk dan gereja SIB Kampung Taviu.

Berikutan kekadain itu jalanraya utama ke Pekan Telupid sukar dilalui kenderaan kecil ke Pekan dan premis Speedmart 99.

Sementara itu George mengingatkan penduduk agar berhati-hati kerana hujan lebat masih berterusan.

Pada masa samq beliau berharap pihak berkenaan tampil memberi bantuan dan sumbangan kepada penduduk terjejas banjir.

“Saya berharap pihak berkenaan membantu penduduk terjejas banjir demi meringankan beban mereka yang kehilangan dan kerosakan harta benda, kemusnahan tanaman dan buah-buahan serta ternakan selain peralatan perabot dalam rumah” katanya.

ADVERTISEMENTspot_img
BERITA BERKAITAN